Monday, August 18, 2014

DAP & PAS Akan Pastikan Istana Selangor Setuju Wan Azizah Jadi MB


Setelah Pakatan Rakyat mencapai persetujuan untuk mencalonkan nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor, usaha sedang dibuat untuk menyakinkan pihak Istana pula.

Ini penting bagi mengelakkan Istana membubarkan DUN dan satu pilihanraya negeri yang baru diadakan memandangkan tiada nama calon lain yang akan dipersembahkan kepada Istana untuk mendapat perkenan melainkan nama Wan Azizah seorang.

Bagi yang mungkin tidak tahu, tidak pernah berlaku dalam sejarahnya, satu nama sahaja dihantar untuk perkenan Istan bagi jawatan Menteri Besar.

Untuk itu, PAS dan DAP telah ditugaskan untuk menyakinkan pihak Istana dalam isu ini memandangkan hubungan baik yang telah terjalin antara semua pihak terlibat.

Walaupun Khalid mungkin mempunyai peluang lebih cerah berikutan peranan sebagai Menteri Besar sebelum ini, tapi PAS dan DAP diyakini mampu menyaingi peluang tersebut untuk memastikan di akhirnya, tidak ada orang lain menjadi Menteri Besar melainkan isteri kepada Ketua Umum PKR itu.

Aku difahamkan, beberapa langkah strategik telah dirangka kedua parti tersebut dalam usaha masing-masing untuk menyakinkan pihak Istana.  Seperti biasa, aku tidak dibenarkan untuk mendedahkan langkah-langkah ini bagi mengelakkan sabotaj dari pihak Khalid Ibrahim.


No comments: