Agak mengejutkan dalam sidang media Khalid Ibrahim sebentar tadi berhubung keputusan Dewan Diraja Selangor yang bersidang sebelumnya untuk menentukan kedudukkannya sebagai Menteri Besar, apabila Khalid memaklumkan dia masih menerima sokongan majoriti ADUN!!
Tak pasti Khalid merujuk kepada majoriti mana sebab kalau ikut majoriti yang Pakatan Rakyat ada sekarang, jelas sekali Khalid Ibrahim menipu pihak Istana.
Menurut sumber, setakat petang ini, Pakatan Rakyat telah memperolehi sokongan 35 ADUN Selangor yang menyokong perlantikan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar yang baru - termasuk ADUN PAS yang mendapat arahan Majlis Syura Ulama agar menyokong Khalid kekal.
Baki 8 ADUN lagi tidak dapat diperolehi kerana dipercayai Khalid telah membayar mereka untuk terus menyokongnya selain 12 ADUN BN.
Tapi jumlah itu sahaja tidak cukup kerana baru 21 ADUN (termasuk Khalid), DUN Selangor ada 56 kerusi. Bagaimana Khalid kata masih dapat sokongan majoriti ADUN?
Sama ada Khalid menipu ataupun dalam diam-diam dia sudah memperolehi 8 ADUN lagi untuk menyokong dia kekal sebagai Menteri Besar.
Mana-mana satu sekalipun, Pakatan Rakyat wajar menyiasat kerana ini isu besar, bukan isu kecil yang boleh dipandang ringan. Jika Khalid menipu, tindakan perlu diambil, jika ada 8 ADUN yang berpaling tadah menyokong Khalid, maka perlu dikenalpasti siapa yang terlibat dan tindakan diambil.
1 comment:
laporan yang sama bohongnya dengan Anwar dan PKR yang beranggapan semua 35 ahli Dewan menyokong tindakan PKR.Kenapa suka buat bohong siang hari? Bilamana pula Adun2 Pas Selangor sokong? Adun PKR pun belum tentu semuanya sokong tindakan parti mereka dala isu ini. Dah tu Adun2 dari umno/Bn jangan harap nak sokong Anwar. Cuba dapatkan maklumat2 tepat dari berbagai punca yang sah baru buat kesimpulan.
Post a Comment