Friday, August 1, 2014

Hanya Umno boleh jatuhkan Najib - Kadir Jasin


KUALA LUMPUR: Sesiapa pun yang berhasrat menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak atau mengharapkan kejatuhan beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri adalah bermimpi di siang hari atau lebih mirip kepada mengigau dan meracau.

"Mohd Najib mustahil boleh dijatuhkan sebagai Presiden Umno dan selagi beliau kekal Presiden Umno, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri," tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.

Menurutnya, hanya Umno yang boleh menjatuhkan Mohd Najib, tetapi selepas lebih lima tahun menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, tidak wujud sebarang tanda bahawa ada pemimpin Umno yang mampu atau mahu mencabarnya.

"Yang terdekat adalah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin. Tetapi beliau telah pun mengisytiharkan yang beliau tired (letih) dan tidak berminat mencabar Mohd Najib," tulisnya lagi.

No comments: