Wednesday, August 20, 2014

Kenduri Kesyukuan Di Semua Rumah Ibadat Bila Wan Azizah Jadi MB


Pakatan Rakyat akan mengadakan kenduri kesyukuran di semua rumah Ibadat dalam negeri Selangor sebaik Datuk Seri Wan Azizah selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar negeri itu yang baru.

Antara lain, kenduri kesyukuran ini akan melibatkan semua fahaman agama dalam satu upacara yang sama di beberapa rumah ibadat yang telah dikenal pasti seperti mana yang pernah dilakukan oleh bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya.

Ini adalah sebagai tanda terima kasih Menteri Besar baru kepada semua rakyat Selangor dari berbilang fahaman agama atas doa dan kesabaran mereka sepanjang krisis ini berlanjutan.
Selain itu kenduri kesyukuran ini juga memohon kepada Tuhan agar Selangor terus maju dibawah pentadbiran Menteri Besar yang baru.

Kenduri kesyukuran ini juga selari dengan prinsip kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam mendukung konsep pluralisme agama yang telah lama dipelopori oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Walaupun antara prinsip utama dalam Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim gagal melaksanakan konsep ini sepanjang lebih 6 tahun menjadi Menteri Besar negeri itu.

Dikatakan, ini juga adalah antara faktor utama (selain KIDEX, skandal penjualan tanah kepada Tropicana dan lain-lain) yang menjadi punca kejatuhan Khalid sebagai Menteri Besar sehingga Wan Azizah perlu mengambil alih.

No comments: