Sunday, August 17, 2014

Khalid Jangan Cuba Bubar DUN

  • Lim Kit SiangLim Kit Siang
 1 / 1 
SHAH ALAM – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh lagi bersembunyi di sebalik Sultan Selangor daripada kenyataan sebenar sebaliknya beliau perlu tampil menjelaskan tindakannya yang didakwa sengaja mengelirukan pihak istana untuk kekal menjadi Menteri Besar Selangor.

Penasihat DAP di Parlimen, Lim Kit Siang menegaskan Abdul Khalid tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawab itu dan mencadangkan mereka yang menuduh beliau supaya menulis kepada Sultan Selangor untuk mendapatkan penjelasan.

“Persoalannya bukan penjelasan daripada Sultan tetapi penjelasan daripada Khalid kerana memberi maklumat palsu kepada Sultan Selangor pada 11 Ogos lalu berkaitan sokongan daripada kalangan Adun Selangor, sedangkan beliau tidak memilikinya.


“Apakah asas Khalid memperoleh sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (Dun) sedangkan 13 Adun PKR dan 15 Adun DAP telah menyatakan sokongan mereka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga mengecam tindakan Abdul Khalid yang mengambil kesempatan daripada keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang menyokongnya sebelum pemecatan beliau dari PKR pada 9 Ogos lalu dengan mendakwa 15 Adun Pas Selangor masih berpihak kepadanya.

Dalam pada itu, Kit Siang juga menyifatkan kedegilan Abdul Khalid sebagai satu penghinaan terhadap Perlembagaan Selangor dan prinsip demokrasi apabila selepas menafikan mandat rakyat pada PRU13 lalu di mana PR memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun Selangor.

“Krisis Perlembagaan Selangor telah dicipta oleh satu orang, iatu Abdul Khalid, yang enggan meletakkan jawatan secara terhormat sebaliknya membuat satu penghinaan terhadap Perlembagaan Selangor dan semua prinsip-prinsip demokrasi.

“Perkara 53 (6) Perlembagaan Selangor adalah sangat jelas kerana ia menyatakan: "Jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri, maka, melainkan jika atas permintaannya Duli Yang Maha Mulia larut Dewan Undangan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya.

Dalam pada itu, isu pembubaran Dun Selangor katanya tidak timbul walaupun ia merupakan pilihan lain untuk menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

“Khalid tidak mempunyai asas untuk meminta Tuanku membubarkan Dun Selangor kerana beliau tidak mewakili majoriti Adun Selangor dan Dun Selangor juga tidak lumpuh kerana kekurangan majoriti untuk memerintah Selangor dengan melantik menteri besar baharu,” katanya lagi.

Katanya, sungguhpun Dun Selangor dibubarkan bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri dijalankan, tiada jaminan Abdul Khalid akan menang semula di Dun Pelabuhan Klang yang pernah ditandinginya pada PRU13 lalu.

“Semua orang tahu mengapa dia tidak bertanding semula di kerusi Dun Ijok PRU13 pada Mei lalu dan begitu juga akan berlaku di Dun Pelabuhan Klang,” katanya lagi.

No comments: