Saturday, August 9, 2014

Khalid Sah Dipecat: Najib Jangan Cuba Lantik Rosmah Jadi Menteri Sukan


Hari ini sahlah apa yang sering disiarkan blog ini selama beberapa bulan kebelakangan ini - Khalid dipecat dan Datuk Seri Wan Azizah Ismail akan angkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, secepat-cepat esok.

Pagi Isnin ini, DUN Selangor akan mengadakan sidang khas tergempar untuk mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas Khalid yang akan dibawa oleh ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib dari PAS.

Shaari dipilih bagi menunjukkan solidariti Pakatan Rakyat setelah Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini membuat keputusan mahu Khalid kekal dalam jawatan tersebut.  Shaari adalah antara 8 orang ADUN PAS yang akan menyokong undi tidak percaya tersebut.

Bagaimanapun, perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar menimbulkan kebimbangan bahawa Najib Tun Razak juga akan turut melantik isterinya sebagai Menteri kabinet menggantikan Khairy Jamaludin yang bersedia meletak jawatan atas kegagalan kontigen negara di Sukan Komanwel Glasgow.

Rosmah boleh menjadi Menteri jika Najib melantiknya sebagai Senator terlebih dahulu.  

Ini kerana, semua orang tahu Najib hanya mencari alasan paling baik untuk melantik isterinya sendiri sebagai anggota kabinet dan perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor adalah alasan yang dicari-cari.

Sekurang-kurangnya fikir Najib, rakyat tidak akan mempertikaikan perlantikan Rosmah kerana Wan Azizah juga dilantik suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat memberi amaran kepada Najib agar tidak melakukan perkara tersebut atau berhadapan dengan tindakan tegas dari semua sudut, perundangan, moral dan sebagainya.

Perlantikan Rosmah sebagai Menteri, tidak boleh disamakan dengan perlantikan Wan Azizah walaupun Anwar yang menamakan isterinya sebagai pengganti Khalid dalam mesyuarat biro politik PKR yang dipengerusikannya pada 22 Julai lepas.

Apa yang tidak sama?  Ada banyak, semua orang boleh fikir sendiri, tak perlu aku buang masa nak ulas satu-satu.

5 comments:

Anonymous said...

Eh, apsal tak boleh pulak? Anwar boleh

Anonymous said...

Bodoh punya cerita... buang masa aku baca...phuiiiii........

Fashionxcore said...

Mesti la anwar boleh buat apa apa sahaja Asalkan Bukan Umno

Anonymous said...

Bonggok..dalam blog kau sorang je yg kecoh pasal rosmah nk jd menteri..agak2 la nk bohong tu..

Anonymous said...

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat memberi amaran kepada Najib agar tidak melakukan perkara tersebut atau berhadapan dengan tindakan tegas dari semua sudut, perundangan, moral dan sebagainya...
Takut gua dengarnya..mcm lahanat..