Sunday, August 17, 2014

Krisis MB Selangor: Kenapa RM200 Juta Sedangkan PAS Boleh Dapat RM 3 billion?


Menurut maklumat dalaman, Jawatankuasa PAS Pusat yang bakal bermesyuarat sebentar nanti, sedang berada dalam dilema - sama ada menerima tawaran RM 200 juta untuk kekal dalam Pakatan Rakyat atau mengawal rizab Selangor berjumlah RM 3 billion sekiranya menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Ini setelah Khalid dikatakan berjanji untuk menyerahkan semua jawatan Exco kerajaan negeri Selangor kepada PAS sekiranya parti itu berjanji untuk menyokong kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Selain dari itu, Selangor juga akan menjadi negeri jajahan tadbir PAS kedua selepas Kelantan.  Ironinya, Kelantan adalah antara negeri termiskin di Malaysia sementara Selangor adalah antara negeri terkaya.

Wang RM 200 juta itu pula adalah sumbangan politik yang dijanjikan kepada PAS sekiranya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berjaya menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Aku sebetulnya tak percaya langsung PAS dalam dilema, sebab kalau ikut jumlah duit, aku yakin PAS sanggup korbankan Pakatan Rakyat.  Lebih-lebih lagi kalau Khalid serahkan portfolio kewangan kepada PAS.

Sebelum ini, PAS sanggup korbankan prinsip perjuangan pun (Islam dan Tuhan) untuk bekerjasama dengan DAP, apa sangat Pakatan Rakyat ni dibandingkan dengan wang RM 3 billion dalam bentuk rizab Selangor yang akan berada dalam kawalannya selepas ini.

Lagipun Majlis Syura Ulama (badan tertinggi PAS0 buat keputusan dah sokong Khalid, apa Jawatankuasa PAS Pusat boleh buat hari ini?

Aku dah lama kempen, kerjasama dengan PAS adalah satu kesilapan.  Serban, jubah dan agama hanyalah perhiasan, yang lebih utama ialah wang dan kemewahan.

Cuma persoalannnya selepas ini, dari mana Khalid Ibrahim nak mendapat baki sokongan yang cukup untuk mengelakkannya kalah dalam proses undi tidak percaya di DUN Selangor pada bulan November nanti.

1 comment:

Anonymous said...

hanya Allah tempat meminta pertolongan... bukan dg parti islam