Sunday, August 31, 2014

Najib pemimpin yang gagal

Ariff Sabri-Raub
KUALA LUMPUR : Datuk Ariff Sabri hari ini melalu penulisan terbarunya di http://sakmongkol.blogspot.com/ menyatakan bahawa Perdana Menteri Najib Razak gagal sebagai pemimpin negara Malaysia ini dan kerana inilah Najib diburu oleh Mahathir.

“Ini terbukti dengan hutang luar negara yang sudah mencecah 40% KDNK. Hutang dalam negara atau hutang sektor awam sudah melampaui 55% GDP. Itu pun kerajaan Najib menyembunyikan perangkaan hutang yang sebenar seperti tidak mengira jaminan kontinjensi kepada GLC-GLC yang semua nya rugi,” kata nya.

“Inilah kerajaan yang mencuri harta dan wang rakyat. Aliran keluar modal jangka pendek Malaysia merupakan yang terbesar jika dibanding dengan ekonomi negara Asia yang lain. Lebihan akaun semasa kian berkurangan. Current account surplus Malaysia sekarang ialah 3.7% dari GDP berbanding dengan 16% dalam tahun 2008 (masa Najib ambil alih).”
Menurutnya, semasa Najib ambil alih tahun 2008, hutang isi rumah atau household debt ialah 60%. Sekarang ianya 80%. “Negara kita ialah darul hutang. Ramai yang bankrap. Ramai yang berhutang. Graduan yang berpendapatan RM 2,500 tidak mampu tinggal di Kuala Lumpur, sewa RM800, pengangkutan RM800, makan RM500, kemasdiri 500. Kalau tinggal RM100 pun nasib baik. Belum lagi dicampur bayaran hutang PTPTN yang ahli UMNO semua nya berdemonstrasi berkeras hendak bayar.”

No comments: