Tuesday, August 12, 2014

Najib ucap tahniah kepada Erdogan

  • Tayyip ErdoganTayyip Erdogan
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kerana memenangi pilihan raya Presiden negara itu yang pertama kali dibuat secara langsung pada Ahad.

"Tahniah Erdogan kerana menang pilihan raya Presiden. Malaysia berharap hubungan lebih baik dan lebih strategik dengan Turki," katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Dilaporkan Erdogan yang menjadi perdana menteri sejak 2003 memperoleh kira-kira 52 peratus undi untuk dipilih menjadi presiden Turki ke-12.


Beliau dijangka mula memegang jawatan pada 28 Ogos. - Bernama

No comments: