Sunday, August 17, 2014

Papan Tanda Sumbangan PAS Pada Kubor Pak Sako



TEMERLOH: PAS Pahang meletakkan papan tanda pada makam Allahyarham Ishak Haji Muhammad yang lebih dikenali dengan panggil Pak Sako sebagai mengenang jasa perjuangan menentang penjajah di negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diberi penghormatan memasang papan tanda berkenaan sempena perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat dengan kerjasama PAS Pahang dan Ahli Parlimen Temerloh yang bertemakan Malaysiaku...Minda Merdeka di padang awam Taman Temerloh Jaya, hari ini.

Adik Allahyarham Pak Sako, Khalid Muhammad hadir pada majlis berkenaan.

Rombongan yang turut disertai Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan beberapa pemimpin PAS negeri itu juga mengadakan tahlil ringkas.

Pak Sako yang dilahirkan pada tahun 1909 meninggal dunia pada 7 November 1991 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buntut Pulau. - HARAKAHDAILY 16/8/2014

No comments: