Wednesday, August 13, 2014

PAS Semakin Tidak Boleh Dipercayai, 2 ADUN Bakal Masuk PKR?


Bantahan beberapa ADUN PAS Selangor di atas keputusan Majlis Syura parti itu yang mahu Khalid Ibrahim disingkirkan dari jawatan Menteri Besar, kini bukanlah satu rahsia lagi.  

Ini setelah beberapa orang dari mereka tampil secara terbuka membuat kenyataan menyokong pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru disebalik arahan pimpinan PAS Pusat yang mahu kesemua mereka menutup mulut sehingga mesyuarat 17 Ogos.

Mesyuarat itu bagaimanapun dilihat satu formaliti sahaja dan tidak akan menghasilkan sebarang keputusan konkrit kerana Majlis Syura Ulama PAS selaku badan tertinggi parti itu telah membuat keputusan menyokong pengekalan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.


Tndakan segelintir ADUN PAS ini bagaimanapun telah menimbulkan keresahan di kalangan penyokong PAS yang bimbang parti itu akan mengambil tindakan disiplin ke atas kesemua yang terbabit kerana terang-terangan melanggar arahan parti.

Di kalangan ADUN-ADUN ini pun, sudah ada yang berura-ura mahu meninggalkan PAS dan menyertai PKR bagi mengelakkan mereka terus tertakluk kepada arahan tidak masuk akal Majlis Syura Ulama yang mahu Khalid dikekalkan.

Selain dikenakan tindakan disiplin termasuk pemecatan yang bermaksud kerusi yang disandang kini perlu dikosongkan.

Maka itu tidak hairanlah kenapa khabar angin sudah tersebar sejak malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 2 ADUN PAS Selangor telah menyatakan persetujuan untuk meletakkan jawatan dan memohon menyertai PKR.  

Nama yang terbabit tidak perlu didedahkan sekarang tapi menurut khabarnya, seorang dari Hulu Klang dan seorang dari Meru.

Rasanya elok begitu kerana tidak ada gunanya mereka terus bersama dengan PAS yang semakin hari semakin terbukti sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai dalam Pakatan Rakyat.

Sekarang kita fahamlah kenapa PAS lebih baik dibiarkan bersendirian.  

Tak hairan kenapa, gabungan politik yang PAS pernah sertai dulu seperti BN dan APU (Angkatan Perpaduan Ummah), tidak pernah yang menjadi kerana PAS seperti anak dara tua yang memang sengaja tidak mahu kahwin - bukan sebab tidak boleh kahwin.

4 comments:

Anonymous said...

antara nak ikut al Quran & Sunnah atau pecaturan politik..

Unknown said...

Yg,baik dap...yg baik pkr..yg jahat pas..biasa le tu

Unknown said...

Yg baik dap.yg baik pkr....yg jahat pas...biasa le tu

Anonymous said...

Kajang Move is the worst poison....,
Khalid Move is the best antidote.....
(ATM)