Tuesday, August 12, 2014

Perjumpaan Hadi-Anwar: PAS Minta 'Cek Kosong' Siap Bertandatangan?


Ada banyak persoalan bermain di minda rakyat selepas perjumpaan dengan Presiden PAS, Hadi Awang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Terengganu malam tadi.

Setahu aku, kalau mengikut kepada hieraki, Hadi yang sepatutnya turun ke Kuala Lumpur berjumpa dengan Anwar, bukan sebaliknya kerana jawatan Hadi sebagai Presiden PAS tidak setaraf dengan Anwar sebagai Ketua Umum PKR.

Yang setaraf dengan Anwar ialah Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am, tapi dia berada di Kota Bharu, bukan Kuala Terengganu.

Itupun kalau betul perjumpaan itu berlaku kerana khabarnya hanya Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali sahaja yang hadir, sementara Hadi tidak.  Perbincangan Hadi-Anwar dilakukan sepenuhnya melalui telefon dengan Mustafa sebagai saksi.

Untuk membuktikan perkara itu, tidak ada satu gambar pun yang menunjukkan Hadi hadir di tempat pertemuan semalam.  Ada?  Kalau ada, sila masukkan pautan dalam ruangan komen.

Menurut maklumat yang sampai kepada blog ini, perjumpaan tersebut tidak menghasilkan apa-apa melainkan janji Hadi untuk membawa kebimbangan Anwar dalam mesyuarat PAS yang akan diadakan pada 17 Ogos nanti.

Dikatakan juga, PAS ada meminta sesuatu bagi menyaingi tawaran yang sudah diberikan Khalid Ibrahim kepada parti itu.  Setakat yang kita tahu, Khalid telah menawarkan 9 kerusi Exco kepada PAS dan jawatan Speaker serta Timbalan Speaker.

Itu hanya permulaan.  Dikatakan majoriti kerusi ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri tertentu juga akan diperuntukkan kepada ahli PAS.  Kerusi ahli majlis PBT jangan cakaplah, silap-silap semuanya PAS akan bolot kerana rakan subahat Khalid lagi satu, UMNO tidak berminat dengan jawatan itu yang disifatkan mereka sebagai 'low class'.

UMNO hanya nak lihat Pakatan Rakyat tumbang di Selangor.

Anwar dalam perjumpaan itu difahamkan telah menawarkan nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai antara nama yang akan dikepilkan bersama nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk pertimbangan Sultan Selangor seperti mana permintaan PAS.

Tapi difahamkan juga, itupun masih tidak cukup, ada lagi syarat yang telah berubah.  Apa lagi yang tak cukup, berapa baru cukup, kita pun tak pasti.  Ada dakwaan PAS meminta lebih dari RM 50 juta (atau berapa juta yang ditawarkan sebelum ini), tapi perkara itu tak dapat disahkan kebenarannya.

Kalau dakwaan ini betul, maksudnya krisis di Selangor boleh selesai dengan kertas yang kecil tapi nilai yang besar.

Buat aku terfikir semula, apa beza PAS dengan UMNO bila semuanya boleh dibayar?

1 comment:

Anonymous said...

Apa punya mengarutlah kau ni.x abis2 buat cerita fitnah. insaflah.