Thursday, August 28, 2014

P’gkalan Kubor: Pimpinan PKR Bersetuju Serah Kerusi Kepada PAS….


Difahamkan, sumber dari Ibu Pejabat PKR di Tropicana menyebut bahawa pimpinan parti itu telah bersetuju secara dasarnya untuk menyerahkan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada PAS sebagai antara tawaran penyelesaian bagi memuktamadkan kemelut Menteri Besar Selangor.

Penyerahan kerusi tersebut bermaksud, PAS tanpa banyak soal akan mengambil alih kerusi Pengkalan Kubor yang selama ini ditandingi oleh PKR selama dua penggal.

Lagipun Pengkalan Kubor penting kepada PAS kerana selain terletak dalam Parlimen Tumpat dimana Ahli Parlimennya adalah dari PAS, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob adalah juga Yang Dipertua PAS kawasan itu.

Menurut pemerhatian PKR, agak menjejaskan imej PAS kalau PKR bertanding dan masih kalah kepada calon BN dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti.  Tanpa bantuan jentera PAS dan kerajaan Kelantan, peluang PKR dilihat sangat tipis.

Ini bukan rasuah sebagai dorongan PAS untuk bersetuju dengan Wan Azizah, cuma dalam keadaan sekarang, PKR perlu memikirkan yang mana lebih penting, penyelesaian kerusi Menteri Besar Selangor atau bertanding di kawasan yang kita sudah 2 kali tewas kepada BN.

Jelasnya disitu, penyelesaian kemelut Menteri Besar Selangor adalah jauh lebih penting berbanding Pengkalan Kubor kerana rakyat juga semakin muak dengan situasi yang tidak menentu lanjutan daripada kemelut tersebut.

Lagipun, amat merbahaya sekiranya Khalid terus menjadi Menteri Besar kerana kita tidak akan tahu apa yang akan dibuatnya dengan rizab Selangor berjumlah lebih RM 3 billion tersebut.

No comments: