• Steven ChongSteven Chong
 1 / 1 
JOHOR BAHRU – Rata-rata kepimpinan cabang PKR)di negeri ini meminta supaya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dan meletak jawatan pada kadar segera.

Ketua Cabang PKR Tebrau, Steven Chong berkata, sokongan 100 peratus itu dibuat itu selaras keputusan mesyuarat tergempar majlis pimpinan pusat (MPP) PKR yang diputuskan, 21 Julai lepas.

Menurutnya, keputusan berkenaan harus diterima Abdul Khalid kerana calon yang diputuskan untuk menggantikan tempatnya iaitu Presiden PKR sendiri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.


“Ini adalah keputusan yang dibuat MPP dan sebagai anggota PKR perlu terima dan dipatuhi. Kita minta supaya Abdul Khalid segera berundur secara sukarela supaya tiada tindakan disiplin dikenakan terhadapnya.

“Kami juga turut menyokong sepenuhnya Wan Azizah menggantikan tempatnya dan menggalas jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu,” katanya pada satu sidang media di Kelab Media Cina, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Cabang PKR Air Itam, William Siau berkata, berpendapat sama mahu Abdul Khalid berundur dan meletakkan jawatan yang dipegang secara sukarela.
Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Pahat, Ronald Sia menafikan sekeras-keras kenyataan yang dikeluarkan daripada individu yang tidak dikenali dalam stesen televisyen tempatan penghujung bulan lalu yang mengakui membantah cadangan pelantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, siasatan dibuat individu terbabit bukan sahaja tiada menjawat sebarang jawatan dalam cabangnya bahkan bukanlah ahli PKR seperti diperakui dan jelas menunjukkan sebagai alternatif untuk memfitnah yang didalangi individu tidak bertanggungjawab.

“Jadi, kami menafikan sekerasnya kenyataan yang dibuat individu terbabit pada 31 Julai lalu,” katanya.