Friday, August 29, 2014

PRK Pengkalan Kubor: Pengundian 25 September


KUALA LUMPUR: Tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil  (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor ditetapkan pada 25 September ini.

Manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 13 September dan hari pengundian awal ialah pada 21 September.

Penetapan itu dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diumumkan hari ini.

Ini bermakna, tempoh berkempen bagi semua parti-parti bertanding adalah selama 12 hari.

Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

No comments: