Thursday, August 21, 2014

PRK Pengkalan Kubor: PKR Setuju Serah Kerusi Kalau Mat Sabu Calon


PKR Kelantan hari ini telah membuat cadangan kepada PKR pusat akan kesediaan parti tersebut menyerahkan kerusi DUN Pengkalan Kubor yang kosong berikutan kematian penyandangnya semalam kepada PAS, dengan syarat calon itu mestilah Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu).

Ini kerana PKR Kelantan berpendapat sebagai Timbalan Presiden kepada antara parti politik terbesar di negara ini, Mat Sabu perlu menjadi wakil rakyat, sekurang-kurangnya sebagai ADUN.

Lagipun peranan Mat Sabu dalam menjadi penghubung antara PAS dan Pakatan Rakyat, perlu dihargai PKR.  Kalau tidak kerana Mat Sabu, PAS akan semakin tersisih dari arus politik perdana berikutan pendirian ulama parti itu yang sudah ketinggalan zaman.

Hubungan baik Mat Sabu dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menjadi antara faktor penting yang membawa kepada cadangan ini.

Mat Sabu dikatakan turut memainkan peranan penting dalam memastikan 27 dari keseluruhan 37 Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menyokong pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor, walaupun mahu nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali disertakan sekali.

Azmin bagaimanapun menolak mentah-mentah cadangan tersebut dan menegaskan pendirian untuk menyokong Wan Azizah sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baru. 

Cadangan ini sedang diperhalusi dan keputusannya akan diketahui dalam masa beberapa hari akan datang.

No comments: