Tuesday, August 19, 2014

Surendran mengaku tak bersalah

  • Naib Presiden PKR, N SurendranNaib Presiden PKR, N Surendran
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Ahli Perlimen Padang Serai, N Surendran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menerbitkan penerbitan menghasut dalam satu artikel bertajuk "Press Release Court of Appeals Fitnah 2, Written Judgment is Flawed, Defensive and Insupportable", empat bulan lalu.

Peguam itu membuat pengakuan tersebut di hadapan hakim Zanol Rashid Hussain.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Malaysiakini.com Jalan Kemuja Bangsar, Brickfield pada jam 3.40 petang 18 April lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1984 (Akta 15) yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Surendran diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 September depan untuk sebutan pengurusan kes.

No comments: