Tuesday, August 19, 2014

Usaha Singkir Mukhhriz Punca Mahathir Meroyan


Kritikan terbuka mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad dalam blognya chedet.cc hari ini  dikatakan telah mengejutkan banyak pihak, termasuk Najib Tun Razak sendiri.

Selain agak pedas bila Mahathir secara terbuka menarik balik sokongannya terhadap Najib, kritikan tersebut juga membuktikan bahawa Mahathir memandang rendah semua orang yang menjadi Perdana Menteri Malaysia negara ini, kecuali dirinya sahaja.

Yang menjadi sedikit pelik ialah, isu-isu dibangkitkan Mahathir untuk mengecam Najib adalah isu-isu yang sudah berlalu seperti kekalahan besar BN dalam PRU13.  Tidak seperti 2008, Mahathir tidak menunggu lebih setahun untuk mengkritik Tun Abdullah Badawi seperti sekarang.

Selain itu, kenapa Mahathir tidak mendesak Najib untuk meletakkan jawatan seperti Abdullah sebelum ini?  Kalau dah hilang kepercayaan, suruh Najib letak jawatanlah dan Muhyiddin ambil alih.

Maka itu, tidak hairanlah kenapa banyak pihak mengaitkan kritikan ini dengan ura-ura Najib akan memecat anak Mahathir, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah berikutan prestasi buruknya mentadbir negeri tersebut.

Dikatakan Mukhriz adalah 'jelmaan semula' Tan Sri Azizan Razak yang semasa hayatnya dulu hanya mengutamakan populariti dirinya sahaja walaupun dalam masa yang sama prestasi Pakatan Rakyat termasuk PAS sendiri merosot di semua tempat.

Baik sangat dalam politik ni pun tak pergi ke mana.

Adalah lagi beberapa isu lain berkaitan duit, tapi yang lebih penting, Mahathir guna isu lama untuk hentam Najib demi nak selamatkan anaknya di Kedah 

No comments: