Saturday, September 13, 2014

Hari bekerja tidak galakkan pengundi luar mengundi


TUMPAT: Naib Presiden PKR, Tian Chua mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan hari mengundi pada hari bekerja iaitu 25 September.

Ini, katanya kerana ia menyusahkan para pengundi yang tinggal di luar Kelantan.

Katanya, strategi itu dianggap bukan langkah terbaik bagi menggalakkan orang ramai keluar mengundi.

"Kaedah yang sama digunakan pada PRK Parlimen Teluk Intan sehingga menyebabkan tidak ramai yang pulang mengundi," ujarnya kepada media pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor pagi tadi.

PRK Dun Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, Mat Razi Mat Ail (BN) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Dun Pengkalan Kubor pada 25 September sementara pengundian awal 21 September.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.

Pada Pilihan raya Umum ke-13 lepas, yang mendapat 10,174 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438) dan Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (65) dengan majoriti 1,736 undi. -HARAKAHDAILY 13/9/2014

No comments: