Friday, September 5, 2014

MB dari PAS Tidak Mampu Bela Alkitab


Tidak ada perkataan lain bagi menggambarkan tindakan PAS mencalonkan ADUNnya sendiri kepada Istana Selangor disebalik persepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menamakan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon tunggal melainkan parti itu memang sebesar-besar sial.

Percayalah, jika diadakan pilihanraya negeri pada waktu ini, PAS akan kehilangan lebih banyak kerusi walaupun calon DAP diletakkan untuk menentang mereka.  Tidak akan ada pengundi cina yang mahu mengundi mereka lagi.

Tindakan PAS semalam, tidak menggambarkan parti itu sebagai sebuah parti yang kononnya menjadikan Islam sebagai teras perjuangan.

Janji tak ditepati, persefahaman yang sedia wujud dikhianati.  PKR dan DAP begitu menyesal kerana membawa masuk PAS ke dalam Pakatan Rakyat - hakikat yang aku memang dah lama sedar dan cuba sedarkan pimpinan tapi tak dapat sambutan.

Sebaliknya blog ini dituduh macam-macam, penyamarlah, itulah, inilah, nah sekarang, kita lihat siapa yang betul dan siapa yang salah.

Kalau ikut hati, nak juga aku kata padan muka masing-masing kerana percaya PAS, tapi itu nampaknya begitu keterlaluan.

Apa yang boleh dibuat, nasi dah jadi bubur.

Terpaksalah belajar menerima Menteri Besar Selangor dari PAS walaupun dari segala segi mereka tidak layak.

Paling dibimbangkan sekarang ialah sejumlah alkitab yang masih tidak dipulangkan setelah tiada pejabat Peguam Negara memutuskan tiada kes untuk dibawa ke Mahkamah akan terus tidak terbela.  Ini soal besar kerana antara faktor utama kenapa Khalid Ibrahim dibuang adalah kerana isu ini.

No comments: