Saturday, September 6, 2014

Nik Aziz harap Pas tanding di Pengkalan Kubor

  • Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 1 / 1 
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap agar calon daripada parti itu dapat bertanding dalam PRK Dun Pengkalan Kubor menggantikan PKR.

"Saya orang Pas, saya nak Pas lah," katanya kepada pemberita di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, hari ini.

Nik Aziz bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi Pas untuk membuat keputusan berhubung calon pakatan pembangkang yang bakal bertanding dalam PRK itu.


Bagi membuktikan kesepakatan dalam PR, Pas Kelantan sebelum ini menyerahkan kepada Majlis Presiden PR untuk menentukan calon PRK Dun Pengkalan Kubor.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, tidak ada masalah yang timbul berhubung keputusan pemilihan calon, sebaliknya Pas menjadikan kepimpinan tertinggi PR sebagai rujukan utama untuk menentukannya.

"Kita tidak ada masalah dengan PKR, soal calon ia akan diputuskan Majlis Presiden. Itu perkara biasa, Umno pun macam itu.

"Soal calon hanya (Majlis Presiden) boleh tentukan. Kita terima, tak mahu ada pergaduhan,” ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Pengkalan Kubor diadakan pada 25 September depan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
  
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

No comments: