Saturday, September 13, 2014

PAS, BN dan Bebas bertanding PRK Pengkalan Kubor


TUMPAT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, Mat Razi Mat Ail (BN) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).


Demikian diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya itu, Mohd Sobri Ramli kira-kira jam 10.20 pagi.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Dun Pengkalan Kubor pada 25 September sementara pengundian awal 21 September.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.

Pada Pilihan raya Umum ke-13 lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. -HARAKAHDAILY 13/9/2014

No comments: