Tuesday, September 9, 2014

PAS tidak akan menerima jawatan MB daripada Sultan

PASMA
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan PAS telah memutuskan untuk menolak sebarang jawatan MB sekiranya ditawarkan oleh Sultan Selangor.

Mujahid juga ingin memperbetulkan kenyataan daripada media bahawa tidak wujudnya dua jawapan yang bercanggah mengenai penerimaan jawatan MB oleh Sultan Selangor.

Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata pihak luar boleh mengandaikan apa-apa sahaja mengenai PAS, namun PAS telah nyatakan pendirian bahawa tidak akan menerima jawatan MB seperti yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Tambah beliau di hadapan 300 orang yang menghadiri program ‘PAS campur Umno ke mana halatuju’ turut menyatakan pendirian PAS yang tetap tegas tidak akan sesekali bergabung dengan Umno.
“PAS tidak ada apa-apa hasrat untuk bersama dengan Umno,” katanya di Auditoriam Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur.
Penegasan daripada Mujahid ini berikut banyak spelulasi yang mengandaikan yang PAS akan bergabung dengan Umno dalam krisis Menteri Besar di Selangor.

No comments: