Tuesday, September 2, 2014

Pengganti Khalid diingat tak politikkan isu air

  • Jeniri Amir
 1 / 2 
SHAH ALAM - Penganalisis politik mengingatkan pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengutamakan kepentingan rakyat terutamanya membabitkan isu air di Selangor melebihi kehendak politik dan peribadi.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir berkata, pengganti Abdul Khalid perlu bijak menangani masalah isu air dengan melihat keperluan rakyat di negeri ini bagi mengelak catuan bekalan berulang.

“Sesiapa yang dilantik gantikan Abdul Khalid harus berani dan bijak mengatasi serta menyelesaikan isu air secara efektif agar tidak memberi kesan negatif kepada rakyat dan negeri ini.


“Isu air membabitkan kepentingan jangka panjang dan sesuatu yang diperlukan oleh semua rakyat di Selangor, jangan pula pengganti menteri besar itu nanti mengucar-ngacirkan usaha yang dilakukan Abdul Khalid demi meneruskan agenda politik mereka,” katanya.

Beliau menyuarakan kebimbangan sekiranya pemimpin baharu yang bakal menerajui negeri itu cuba mempolitikkan isu air yang sedang diselesaikan Abdul Khalid.

“Selangor akan hancur kalau mereka menjadikan isu air sebagai satu agenda politik dan ia akan memberi kesan buruk  bukan sahaja kepada kemajuan rakyat tetapi juga pelabur dan pemain industri.

“Jadi untuk mengelak berlakunya masalah sebegini lebih baik pengganti Abdul Khalid tidak mempolitikkan perkara ini  dan cuba bersikap ikhlas dalam menyelesaikan masalah rakyat dengan segera,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, Abdul Khalid sedaya upaya menjaga kepentingan rakyat dan sanggup bekerjasama dengan kerajaan pusat demi memelihara keperluan masyarakat di negeri ini.

Justeru itu, beliau menyarankan pengganti Abdul Khalid meneruskan kesinambungan itu dengan melihat keperluan yang harus dinikmati rakyat kerana perjanjian dibuat melalui proses yang sah melibatkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Beliau yakin ia bukan dibuat atas dasar individu memandangkan hala tuju pemeteraian perjanjian itu jelas untuk menyelesaikan isu bekalan air yang berlarutan sejak 200

No comments: