Thursday, September 4, 2014

PKR gerakkan kempen mansuh Akta Hasutan

  • pkr
 1 / 1 
SHAH ALAM – PKR hari ini mengumumkan akan menggerakkan kempen Mansuh Akta Hasutan (MAH) yang akan dilancarkan ke setiap negeri mulai bulan ini.

Menerusi satu kenyataan bersama, Ahli Parlimen PKR berkata,  pihaknya dengan kerjasama NGO akan mewujud serta menggerakkan langkah memansuhkan akta tersebut daripada terus digunapakai oleh kerajaan pentadbiran BN.

Menurut PKR, antara langkah yang diambil ialah dengan mengadakan siri demonstrasi sepertimana kempen #black505 yang diadakan dahulu dengan kerjasama gerakan mahasiswa dan barisan NGO yang lain.


“Ahli-ahli Parlimen PKR akan bawa usul tergempar di dalam sidang Parlimen akan datang untuk memansuhkan serta merta Akta Hasutan.

“Tidak cukup dengan itu, bahagian Cabang-cabang PKR juga akan mengutip tandatangan petisyen Parlimen yang bakal di bawa ke sidang Parlimen akan datang,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Kata pihaknya, tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan akta tersebut bagi tujuan menyekat kebebasan bersuara ke atas pihak yang mempersoal pemerintahannya.

“Walaupun Najib telah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan beberapa tahun yang lalu, pentadbiran beliau secara berterusan menggunakan akta tersebut untuk mengekang suara yang berbeza pendapat dengan pentadbiran beliau.

“PKR yakin bahawa Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan oleh mana-mana pentadbiran BN, malah mereka akan menggunakan juga peruntukan-peruntukan dalam akta lain untuk terus menekan pihak yang berbeza pendapat dengan mereka,” tulis kenyataan itu lagi.

Malah PKR juga menggesa "kerajaan menghentikan sebarang usaha untuk memperkenalkan peruntukan yang sama di bawah mana-mana akta yang baru."

Terbaru, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan pada hari ini menggunakan Akta Hasutan secara sewenang-wenangnya.

Anwar turut menyenaraikan nama-nama pemimpin PR yang didakwa di bawah Akta Hasutan iaitu Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran, Ketua Angkatan Muka Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad dan Adun Seri Delima, RSN Rayer serta Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

No comments: