Monday, September 1, 2014

PR Penang Peruntuk RM 15 Juta Untuk Kos Guaman Ahli PPS....


Sumber dari kerajaan Pakatan Rakyat Penang menyebut bahawa sejumlah besar wang iaitu sebanyak RM 15 juta telah diperuntukkan  untuk membiayai kos guaman lebih 165 orang anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri itu yang ditahan polis semalam.

Perbelanjaan besar ini adalah berdasarkan kepada pertuduhan dibawah Akta Pertubuhan untuk kesemua mereka yang ditahan disamping beberapa kesalahan sampingan seperti Akta Dadah Berbahaya dan kesalahan-kesalahan lain.

Ini setelah beberapa ahli pasukan ini dikesan positif dadah dalam ujian air kencing yang dijalankan serta rekod jenayah beberapa daripada mereka.

Jika maklumat ini tepat, ia menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri ke atas anggota PPS yang menjadi mangsa ditahan pihak berkuasa semalam.

Inilah janji Ketua Menteri sebelum ini untuk membela nasib mereka sekiranya ditahan, melihat kepada jasa dan pengorbanan anggota PPS kepada rakyat negeri Pulau Pinang sejak mula ditubuhkan pada tahun 2009.

Sumber yang sama turut mengesahkan bahawa kerajaan negeri bersedia menambah peruntukkan tersebut berikutan keseluruhan ahli PPS yang dianggarkan seramai 10,000 orang ini berkemungkinan ditahan pada bila-bila masa sewaktu menjalankan tugas mereka.

Oleh yang demikian, semua ahli keluarga dan anggota PPS yang masih belum ditahan diminta bertenang dan tidak bimbang kerana kerajaan Pakatan Rakyat Penang bersedia untuk membantu mereka menghadapi masalah ini.

Ahli PPS beruntung kerana mereka akan diwakili oleh para peguam yang hebat-hebat yang akan diketuai oleh ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

1 comment:

nadesmani said...

kenapa 15 juta, adakah kerajaan Pulau Pinang, akan menggunakan wang rakyat untuk membela anggota PPS? DAP adaramai peguam sebagai ADUN dan MP, kenapa mereka memberi perkhidmatan percuma (Pro Bono) dan semua ADUN dan MP DAP menderma 20 %dari jumpal pendapatn mereka sebagai sumbangan untuk kes ini. Adakah mereka berani? jika tak berani jangan jadi ADUN dan MP, letak jawatan sahaja.