Wednesday, September 10, 2014

PRK Pengkalan Kubor: Bukan Rasuah Tapi Faham-Faham Sajalah


Keputusan PKR untuk membenarkan PAS bertanding di DUN Pengkalan Kubor seperti diumumkan Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Ismail semalam bukanlah satu keputusan untuk merasuah parti Islam tersebut agar menyokong beliau sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Rasuah ini kalau melibatkan wang, sedangkan dalam hal ini hanya satu tindakan bertukar kerusi sahaja.  Lagipun seperti yang semua orang tahu, DUN Pengkalan Kubor adalah kerusi yang dipinjamkan sahaja kepada PKR, bukan serah terus.

Prestasi PKR di kawasan tersebut juga tidak memuaskan.  Kalah tiga penggal berturut-turut itu sahaja bukti kukuh bahawa PKR tidak mampu menang disitu, apa salahnya diserahkan kembali kepada PAS?

Walaupun begitu, ia masih satu pengorbanan besar yang dilakukan PKR demi kelangsungan Pakatan Rakyat.  

Memang, menang atau kalah PAS di kawasan itu tidak mengubah kedudukan kerajaan negeri, sekadar menambah atau mengurangkan kerusi sahaja, tapi fikirkan dari sudut maruah PKR sebagai sebuah parti.

Serah kerusi pada PAS bermaksud PKR beralah dan beralah ini hanya tindakan yang selalunya diambil oleh orang pengecut, cakaplah macam mana pun, majoriti akan nampak begitu.

Bagaimanapun, dengan keputusan ini PAS juga patutnya fahamlah mesej yang cuba disampaikan.  Rasanya aku tak payah ulas panjang-panjang tapi ada kata  dengan keputusan ini PAS patut tarik balik surat kepada Istana yang di dalamnya mengandungi nama ADUN parti itu di Selangor.

Tapi itu kata orang, betul atau tidak aku tak tahu.  Pun begitu, aku yakin PAS faham dan tahu apa yang sepatutnya dibuat.


No comments: