Tuesday, September 16, 2014

Saari & Hasnul Bukan Pengkhianat Tapi Hadi Awang!!


Adalah salah untuk Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat untuk menyamakan 2 orang ADUN parti itu di Selangor, Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) yang menyokong pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Ismail menjadi Menteri Besar Selangor, sebagai pengkhianat.

Kedua-dua mereka bukan pengkhianat tapi lebih kepada penyelamat.  Sebab kita tahu, kalau kedua-dua ADUN berkenaan tidak menyokong Wan Azizah, UMNO akan campur tangan dan kerajaan perpaduan PAS/UMNO yang diidamkan Hadi Awang, akan menjadi kenyataan.

Maka itu yang layak digelar pengkhianat ialah Hadi Awang kerana dialah punca dan artikek yang menjadikan perbalahan di Selangor berlanjutan, bukan kedua-dua ADUN terbabit.


Hakikatnya, Pakatan Rakyat akan hilang kuasa di Selangor jika PAS dan UMNO serta Khalid bergabung tenaga untuk menyingkirkan PKR dan DAP.  Bukan rahsia, jika kerjasama ketiga-tiga pihak itu menjadi kenyataan, dua orang ADUN wanita dari PKR akan menyokong dan kerajaan Pakatan Rakyat akhirnya tumbang.

Tapi kerana 2 ADUN PAS ini menyatakan taat setia kepada Wan Azizah, maka mereka tidak jadi nak menyokong Khalid, UMNO dan PAS kerana tahu kerajaan campuran tiga pihak itu tidak akan menjadi kenyataan.

Oleh yag demikian, Nik Aziz perlu minta maaf kepada kedua-dua ADUN tersebut dan menarik kenyataan itu.  Jangan sampai tindakan undang-undang diambil ke atasnya oleh kedua-dua ADUN terbabit, nanti satu keturunan Nik Aziz hidup papa kedana.

No comments: