Thursday, September 11, 2014

Soalan UPSR Bocor: Muhyiddin Wajib Letak Jawatan!!


Kejadian soalan peperiksaan bocor ini bukan pertama kali berlaku di Malaysia, ia pernah berlaku dulu dan tidak ada jaminan tak akan berlaku lagi - siapa punlah Menterinya, lebih-lebih lagi di bawah pentadbiran BN yang terkenal dengan kekorupannya.

Tapi kebocoran yang berlaku bila kementerian itu dikepalai oleh seorang Timbalan Perdana Menteri?  Itu mungkin yang pertama.  Aku tidak pasti dengan sesungguhnya kali pertama atau tidak (sebab itu disebutkan mungkin), tapi sekarang dah berlaku, itu yang pentingnya.

Justeru, apa tindakan selepas ini?  Perlukah rakyat menerima begitu sahaja permohonan maaf yang dibuat Muhyiddin atau lebih lagi?

Minta maaf memang mudah, bukan kena keluar apa belanja pun.  Tapi asal salah maaf, asal silap maaf, sampai bila masalah nak selesai?

Beratus ribu calon UPSR seluruh negara yang terjejas dengan perkara tersebut.  Ada yang sudah merancang untuk pergi bercuti bagi meraikan tamatnya UPSR, terpaksa menangguhkan percutian tersebut kerana peperiksaan bagi subjek sains ditunda kepada 30 September nanti.

Tidakkah itu menyusahkan?  Bukan sahaja kepada calon berkenaan tapi ibu bapa mereka dan adik beradik mereka yang lain.  Kalau calon terlibat sahaja sudah 472,853 orang diseluruh negara, gandakan itu dengan 2 atau tiga atau 4 (ikut bilangan ahli keluarga), mahu lebih sejuta yang terima kesan!!

Jadi senang cakap, ini masalah besar, bukan masalah kecil.  Muhyiddin perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan meletakkan jawatan sebagai Menteri dengan segera.

No comments: