Saturday, September 13, 2014

Soalan UPSR Bocor: Terima Kasih Cikgu Kerana Berjaya Malukan BN


Kertas peperiksaan UPSR yang bocor baru-baru ini terbukti telah berjaya memalukan Muhyiddin Yassin khasnya dan kerajaan BN amnya.  Nampak sangat ada yang tidak kena dengan sistem peperiksaan di negara kita sehingga kebocoran seumpama ini mudah berlaku.

Hari ini hampir semua ibu bapa pelajar UPSR (mencecah hampir 1 juta orang lebih) sangat marah dengan kerajaan BN kerana kebocoran ini telah menyebabkan banyak kerugian di pihak mereka, bukan setakat calon semata-mata.

Kejayaan ini bagaimanapun tidak mungkin dicapai kalau bukan kerana kerjasama cikgu-cikgu yang menyebarkan soalan yang terbocor tersebut.  


Dengan hampir 90% guru-guru hari ini terdiri dari penyokong Pakatan Rakyat, mereka terbukti telah berjaya memainkan peranan penting dalam menjatuhkan imej kerajaan BN.

Walaupun cikgu-cikgu yang terlibat, jumlahnya tidak ramai, tapi impak dari perbuatan mereka telah berjaya menyebabkan imej Muhyiddin dan kerajaan BN merosot.  Memang eloklah tidak begitu ramai terlibat sebab mudah bagi Pakatan Rakyat menyediakan khidmat guaman percuma kepada mereka kalau dihadapkan ke Mahkamah nanti.

Kalau ramai-ramai sangat nanti, tak tertanggung pula kosnya, lagipun yuran guaman hari ini bukan murah.

Pakatan Rakyat ucap tahniah dan terima kasih kepada semua guru terlibat kerana peranan yang dimainkan dalam soal kebocoran soalan ini.

1 comment:

Anonymous said...

bocor membocor ni memang sinonim dgn PR dan macai2 PR... yelah KETUM depa pun memang kaki pembocor... depan belakang sapu bersih...