Aku memang pelik dengan sikap sesetengah pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak konsisten dalam perjuangan dan berubah-ubah mengikut keadaan. Benda macam ini banyak berlaku dalam PAS, kurang sikit dalam PKR, tidak berlaku dalam DAP.
Bukan aku nak puji DAP lebih-lebih, tapi inilah hakikat yang semua orang patut belajar untuk menerima keadaan tersebut. Malah, aku tak ralit sikit pun nak ajak agar semua orang tiru DAP, itu baru betul perjuangan, konsisten.
Kalau kita dah tetap berlaku penipuan dalam pilihanraya, sepatutnya semua orang cakap perkara yang sama, tak kiralah menang atau kalah, kalau pimpinan tertinggi dah komited kata ada penipuan, tak seharusnya masing-masing cakap lain-lain.
Inilah yang aku rasa cuba disampaikan Pengerusi SAMM, CheguBard dalam akaun Facebooknya semalam (rujuk screenshot di atas). Memang bahasa tu ganas, bangkai dan cibai, tapi pernyataan itu ada maksud yang mendalam yang dia harap semua orang boleh faham.
Fikir sajalah, soal menolak keputusan pilihanraya ini telah dibincang dan ditentukan sebelum keputusan penuh PRU13 lagi. Semua calon, tak kira menang atau kalah dah sepakat, keputusan itu nanti, apa sekalipun bentuknya, ada berlaku penipuan.
Seingat aku, itulah konklusinya. Tapi kenapa bila keputusan dah keluar dan masing-masing pun angkat sumpah sebagai ADUN dan Ahli Parlimen, ada pulak mangkuk hayun dari PAS yang keluar kenyataan kata keputusan PRU13 itu adil?
Ada satu umat ni cakap dengan aku, CheguBard tuju statement di atas tu pada dua musibat ni, Nik Abduh dan Nasrudin Tantawi dari PAS sebab mereka ini sahaja yang keluar kenyataan dalam media menyokong keputusan PRU13 - mentang-mentanglah menatang 2 orang ni menang.
Nama memang tak sebutlah, nanti jatuh maruah pulak. Lagipun Chegubard puas kena kencing dengan PAS dalam pertandingan di DUN Sungai Acheh Pulau Pinang. Dah kompromi kata CheguBard akan bertanding pun, jentera PAS masih jalan macam biasa.
Tapi semua orang boleh faham kenyataan itu untuk siapa. Aku pun suspek CheguBard tuju kenyataan tersebut pada 2 orang itu, takkan orang UMNO kot. Kalau orang UMNO bukan bangkai dan cibai, tapi apa ayat yang lebih menyentuh 'kalbu'.
Bangkai dan cibai kira berlapiklah tu.
PAS kalau sedar, patut tak melatah dengan kenyataan Chegubard itu. Hakikatnya memang PAS terima keputusan pilihanraya, walaupun sebelum ini sudah bersetuju untuk menolak. Presiden PAS, Haji Hadi tuduh CheguBard jual pil kuda pun tak sebut nama jugak, tapi semua orang tahulah dia tuju pada siapa.
No comments:
Post a Comment