Entah dari mana dan macam mana, boleh terbit dari mulut bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla yang secara terus terang menyebut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang gila kerana kononnya tidak mematuhi janji untuk menerima keputusan pilihanraya umum yang lepas.
Aku boleh terima kalau dia cakap Anwar mungkir janji atau yang sama macam itu, tapi gila? Itu sudah melampau.
Kalau Jusof nak tahu, mana ada orang gila boleh pimpin sebuah pakatan politik menang 89 kerusi dalam pilihanraya umum? Dan itu bukan sebarang kemenangan kerana ia diperolehi di sebalik cubaan kerajaan pemerintah memanipulasi keputusan pilihanraya.
Sebab itu walaupun Pakatan Rakyat menang 51% undi popular di seluruh negara, BN yang menjadi pemerintah dan melantik Najib sebagai Perdana Menteri - inilah yang disebutkan sebagai manipulasi pilihanraya.
Justeru kalau Jusof ada contoh mana-mana pemimpin gila yang mampu meniru apa yang dilakukan Anwar, aku suka nak tengok siapa dan dimana diamnya.
Tak sepatutnya Jusof melabel Anwar sebagai gila, itu sudah sampai ke tahap menghina. Anwar bukan gila, tapi beliau tidak menerima keputusan pilihanraya yang dipenuhi unsur skandal, pengundi hantu dan rasuah pengundi yang melampaui batas.
Masa buat janji itu, mana nak tahu penipuan ini semua akan berlaku? Akal ada fikirlah sikit Indon ooi.
Belum lagi kita menyebut tentang blackout yang berlaku di lebih 30 tempat sehingga berlaku banyak kejadian dimana kertas undi bertambah, melebih pengundi yang membuang undi!!
Memang Pakatan Rakyat belum ada bukti lagi, tapi bila tiba masanya untuk perbicaraan di Mahkamah nanti, semua bukti tersebut yang sedang dikumpulkan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli dan pasukannya akan dikemukakan untuk pertimbangan Hakim.
Jusof Kalla patut tahu perkara ini kerana kalau aku tak silap, Anwar pernah kata beliau dah terang semua kenapa perjanjian tersebut tidak dihormati beliau. Lagipun secara teknikalnya perjanjian tersebut tidak sah kerana Najib tidak menandatanganinya.
Tidak sah maksud, tidak ada keperluan untuk mematuhinya. Takkan simple matter macam ini pun Jusof Kalla tidak tahu, bekas Naib Presiden apa macam ini? Tidak hairanlah kenapa Jusof Kalla kalah dalam persaingan merebut jawatan Presiden Indonesia, bodoh rupanya!!
Biar aku jelaskanlah, ini sebenarnya cerita bugis dengan bugis yang lain. Jusof Kalla dan Najib sama-sama Bugis, maka itu jangan hairanlah kenapa Jusof Kalla menyebelahi Najib dalam hal ini.
Tapi seperkara yang tidak kurang penting, macam mana Anwar boleh kawan dengan Bugis tak guna ni pun tak tahulah.
No comments:
Post a Comment