PERBALAHAN antaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, bukan cerita baru. Kerat jari pun aku boleh kata semua orang dalam PKR tahu cerita ni.
Ini semua gara-gara frust tak dapat jadi Menteri Besar, sebaliknya 'dipaksa' menerima calon sedia ada - aku ingat tak payah buang masa cerita lebih panjang, semua orang pun tahu.
Macam mana pun, benda macam ini patut kekal macam itu sahajalah, tak seharusnya bila sidang DUN bermula, pertelagahan yang tidak ada kaitan ini dibawa masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri, walaupun atas nama kepentingan rakyat.
Sebab, setahu akulakan, konsensus yang kita semua faham, wakil rakyat Pakatan Rakyat wajib menyokong apa sahaja dasar kerajaan negeri Selangor yang kita perintah, tidak terkecuali cadangan kerajaan negeri untuk meminta tambahan belanjawan RM 700 juta yang dipersoalkan Azmin semalam.
Dek kerasnya kenyataan Azmin tu, Khalid tak boleh bukak mulut langsung menjawab apa yang dipertikaikan Azmin, sampai macam itu sekali. Apa benda macam ini, sama-sama sendiri pun bertekak? 12 ADUN BN kat depan tu gelak dan tepuk tangan tengok Azmin menggasak Khalid.
Tindakan macam itu sebetulnya hanya melemahkan lagi kerajaan negeri. Aku dan ramai orang lain tahu, kita berkuasa di Selangor bukan sebab kita kuat, tapi kerana kita bijak memindahkan pengundi (terutama pengundi cina) di kawasan-kawasan tertentu, terutama di kawasan bandar.
Hakikatnya, kebanyakkan kerusi luar bandar yang PKR dan PAS menang, berada dalam keadaan bahaya menjelang PRU14 nanti kalau sesuatu tidak dibuat dari sekarang.
Dan pertelingkahan dalaman (dibuat secara terang-terangan) macam ini tidak membantu Pakatan Rakyat langsung.
Lebih mengerikan, dengar khabar pertelingkahan semalam hanyalah satu permulaan. Khabarnya, 'ketua' mula dulu, yang lain akan ikut - kena ingat ni, majoriti ADUN PKR dalam DUN Selangor adalah orang-orang Azmin.
No comments:
Post a Comment