Lega dan lapang dada aku bila dengar Azhar Idrus tidak termasuk dalam senarai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil (PRK) Kuala Besut tidak lama lagi. Walaupun aku bukan anti Azhar Idrus tapi dari segi politik, aku tak nampak macam mana dia boleh bagi PAS menang di kawasan tu.
Alasan aku mudah saja, Azhar Idrus bukan orang politik walaupun dia mungkin penceramah yang handal sehingga boleh menarik ratusan ribu orang datang dengar ceramah dia.
Politik dan bidang ceramah ini 2 cerita berbeza. Semua orang boleh berceramah tapi tak semua orang boleh masuk politik. Tambah lagi dengan taraf pendidikan Azhar Idrus yang tidak dapat dipastikan setinggi mana, lagilah aku tak nampak macam mana dia boleh layak bertanding dalam PRK Kuala Besut nanti.
Memang, sekarang pun bukan semua wakil rakyat ada kelulusan tinggi, tapi jangan lupa, kekurangan itu ditampung dengan pengaruh dan kebolehan politik masing-masing. Masalah dengan Azhar Idrus, dia politik pun kurang, kelulusan pun tak tinggi (atau tidak ada).
Setakat nak kata berguru dengan orang sana, berguru dengan orang sini, semua orang boleh cakap. Aku pun boleh cakap kalau nak, tapi apa gunanya? Zaman ini bukti penting kalau bercakap tentang ilmu, bukan air liur.
Justeru, aku pujilah PAS Pusat atau PAS negeri kerana berani buat keputusan yang bijak dengan tidak menyenaraikan Azhar Idrus sebagai calon. Azhar Idrus memang bukan calon 'winnable candidate' untuk PAS di Kuala Besut.
Aku yakin masih ada pemimpin PAS tempatan yang layak untuk dicalonkan dalam PRK nanti.
Lagipun Besut ini bukan macam tempat lain dalam negeri Terengganu. Memang dia sebahagian negeri tersebut, tapi semua orang tahu asal usul daerah ini dalam negeri Kelantan. Hanya sebab sejarah berjudi sabung ayam dulu saja yang buat daerah tersebut 'terlepas' ke tangan Terengganu.
Dah macam cerita bola pulak dah.
Bagaimanapun, itu bukan 'point'nya, 'point'nya ialah calon bagi PRK kali ini mestilah berasal dari Besut untuk disesuaikan dengan budaya masyarakat disitu yang fizikal saja berada di Terengganu tapi emosi dan hati masih lagi Kelantan.
No comments:
Post a Comment