Monday, July 15, 2013

Benarkah Calon PAS Pernah Hisap Dadah?

SUDAH jadi bualan masyarakat setempat disini bahawa calon PAS bagi DUN Kuala Besut, Endut@Azlan Bin Yusof pernah terlibat dalam kegiatan dadah pada satu waktu dahulu.

Walaupun ia mungkin satu cerita lama, sama seperti kisah dia pernah menyertai UMNO, tapi ia masih lagi isu yang ada kesan kepada masyarakat setempat, terutama lagi dalam suasana kempen pilihanraya kecil yang sedang berlangsung sekarang dimana isu-isu nasional kurang memberi kesan.

Yelah, siapa pulak yang nak berwakil rakyatkan individu yang ada masalah ketagihan dadah.  Ketagihan dadah ni macam kita tahu bukan senang-senang boleh baik, makan puluh tahun berubat pun belum tentu boleh bebas dari masalah ketagihan sepenuhnya lagi.

Harap Azlan boleh beri penjelasan atas dakwaan ini kerana aku dimaklumkan pihak musuh ada maklumat dan dokumen yang menunjukkan bahawa Azlan pernah 'kantoi' dalam satu ujian saringan air kencing.  Sebelum UMNO/BN bangkit isu ini, lebih baik aku tanya dulu.  Kalau ada kesan pun, kurang.

Maklum sajalah semua orang pun pernah buat silap dengan Azlan tidak terkecuali.

Walaupun begitu, tidak salah untuk sesiapa bertanya dan mendapatkan penjelasan sendiri daripada Azlan mengenai kebenaran di sebalik dakwaan tersebut.  Malah kalau kena dengan gayanya, imej Azlan akan lebih meningkat kerana dia berani untuk berterus terang dan mengakui kesilapan dulu.

Benda-benda macam ini penting untuk memperbaiki imej Azlan yang aku lihat sedikit tercemar dengan video pengakuan dia akan mengupah orang lain untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang heboh sejak hari penamaan calon lepas.


Ini kira aku bagi 'hint' penting untuk Azlan dalam membantu kempennya.  Serangan peribadi seperti yang kita tahu tidak akan berkesan kalau yang berkenaan dapat menghidu dan memberi penjelasan secepat mungkin kepada masyarakat.

Sebaliknya pulak kalau dibiarkan begitu saja, silap-silap dari elok-elok kalah sikit, langsung kalah teruk.

1 comment:

army of khalifah said...

Kalau betul bekas penagih pun UMNO BN juga akan dapat kredit. INi kerana hasil usaha gigih Kerajaan BN yang tidak pernah jemu berjihad di jalan Allah untuk memulihkan saudara seagama dari ketagihan dadah. Bekas penagih jadi tauke besar hardware trading. Bekas penagih jadi orang kaya. Masya' Allah mungkin sekarang Bekas penagih pula jadi YB.
Hidup BN UMno.