Monday, July 15, 2013

PRK Kuala Besut: Kenapa Che Long Perlu Tutup Mulut?

ORANG bertanya dan aku rasa PAS perlu menjawab kenapa calon PAS bagi pilihanraya kecil Kuala Besut, Endut@Azlan Yusof atau Che Long ini dilarang memberi kenyataan spontan kepada media?  Sebaliknya semua kenyataan Che Long selepas ini akan dibuat oleh pengurus kempennya.

Baik suruh pengurus kempen saja jadi calon.

Sejak berita ini terpampang di muka depan Sinar Harian, ramai merungut tak boleh terima alasan PAS yang kononnya Che Long ini masih baru dalam politik.  Baru macam mana, dia sudah masuk PAS sejak 1997 dan sebelum itu adalah Pemuda Cawangan UMNO di Kelantan..

Tak nampak bercanggah ke kenyataan tu?

Atau, adakah arahan ini ada kaitan dengan penyebaran video dimana dia mengaku lebih mengutamakan perniagaan dan menyerahkan kepada orang lain untuk menjalankan tugas sebagai ADUN Kuala Besut (kalau menang) yang menjadi viral selepas proses pencalonan berakhir kelmarin?



Kalau betul, tahukah PAS bahawa tindakan ini berlawanan dengan jentera PAS di Facebook yang bermati-matian menafikan Che Long pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan suara dalam video berkenaan telah diedit.

Walaupun nampak bodoh dan tidak masuk akal (suara nak ubah macam mana), sekurang-kurangnya ada jugaklah effort untuk 'menyelamatkan' Che Long dari masalah tersebut.  Tapi bila PAS sendiri dah keluar kenyataan macam ini, secara tidak langsung, orang boleh katakan bahawa video tersebut benar.

Sia-sia sajalah jentera usaha jentera PAS di Facebook kalau macam itu.

Apa sekalipun aku gesa arahan ini ditarik balik.  Tak sepatutnya calon pilihanraya dilarang dari beri kenyataan kepada media.  Selain bercanggah dengan demokrasi, ia juga seolah-olah cuba menyembunyikan kelemahan calon.

Pada aku kalau calon dah dipilih, dia sepatutnya dibenarkan bercakap kepada media bagi membuktikan bahawa PAS telah menjalankan proses saringan yang cukup sempurna dan calon yang benar-benar akan membantu rakyat telah dipilih.

Tak bolehlah selepas itu kata calon ada kelemahan disitu dan disini, itu macam mengatakan calon ini adalah calon tangkap muat dan PAS tidak melakukan kerja yang betul bila menentukan Che Long sebagai calon.

Dalam masa yang sama kita perlu ingat, perkara ini tak berlaku pun di pihak BN/UMNO dan calon mereka nampaknya bebas beri kenyataan pada media tanpa ada apa-apa halangan.  Tak payahlah aku ingatkan apa kesannya pada pandangan rakyat bila dua keadaan ini berlaku.

No comments: