AKU dah naik pening dengan gelagat calon PAS di pilihanraya kecil DUN Kuala Besut ni, Endut@Azlan Yusof ni. Nampaknya kebimbangan aku masa mula-mula nama dia diumumkan sebagai calon dulu, sudah jadi kenyataan.
Dari dakwaan sebagai bekas ahli UMNO yang dia sahkan semalam, sehinggalah kepada video dimana dia didapati dengan jelas menyebut akan menyerahkan urusan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut (kalau menang) kepada orang lain, semuanya nampak sangat tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.
Takkanlah otak dia ni tak boleh nak fikir sekejap pun sebelum bercakap? Kita tahulah dia banyak duit, boleh upah orang lain untuk buat kerja tu, tapi janganlah cakap sebelum menang diam-diam sudahlah. Yang cakap awal-awal tu macam hulur tali gantung kat leher sendiri.
Berapa ramai wakil rakyat hari ini yang upah orang untuk buat kerja dia sebagai wakil rakyat, tapi adakah mereka ini semua dengan bangganya umum sebelum menang? Apatah lagi sebut utamakan perniagaan lebih dari urusan sebagai wakil rakyat!!!
Itu aku cakap Azlan ini kurang berfikir.
Nak juga aku kaitkan kebebalan dia ni dengan pendidikan yang tak tinggi langsung tu (SPM Pangkat 3), tapi kang dikata aku menghina calon sendiri pulak. Tapi hakikatnya pendidikan itu penting, nak mengelak dari perkara-perkara macam inilah.
Orang terpelajar, jarang nak cakap benda-benda tak masuk akal macam ini sebab dia tahu apa implikasinya kepada dia, apatah lagi di tengah-tengah persaingan politik yang macam ini. PAS patut fikir perkara asas macam ini lebih awal sebelum buat keputusan untuk calonkan Azlan dulu.
Sekarang aku fahamlah kenapa pemimpin utama PKR tidak kelihatan dalam kempen PRK di Kuala Besut ini. Jangan kata pemimpin, semasa proses penamaan calon semalam, rasa aku, bendera DAP lebih banyak dari bendera PKR, itupun aku hanya nampak tak lebih 5 bendera DAP masa Lim Kit Siang datang.
So faham-faham sajalah berapa bendera PKR.
Elok saja PKR letak calon itu hari, taklah memalukan Pakatan Rakyat sangat macam sekarang ni. Calon PKR rata-rata semua berpendidikan tinggi, paling tidak Ijazah pertama. Memang adalah diantara mereka ini yang kalah, tapi bukan 'awal-awal' kalah macam kes Azlan ni.
No comments:
Post a Comment