KADANG-KADANG aku pelik juga, Besut ni sebenarnya dalam negeri mana, Terengganu ke Kelantan? Kalau Terengganu, kenapa jentera yang banyak bergerak dalam kempen kali ini datang dari Kelantan, terutama Bachok dan Pasir Putih?
YDP PAS Besut, Shalahhudin Jaafar malah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut pun dari itu hari tak nampak bayang membantu jentera disini. Wahid katanya dah berlepas ke Mekah semalam kerana menunaikan Umrah dan akan hanya balik hujung bulan ini (selepas pilihanraya).
Apa sudah jadi dengan PAS Besut dan PAS Terengganu?
Tak bolehlah macam ini, tinggalkan medan perang begitu sahaja. Betullah dari segi sejarahnya Besut ini adalah sebahagian Kelantan tapi dek sebab sabung ayam terlepas ke Terengganu, tapi itu cerita dulu yang tak sapa boleh sahkan betul atau tidak.
Sudah dilantik sebagai YDP Besut dan Pesuruhjaya Terengganu, sepatutnya uruskanlah apa-apa yang patut sebab, apa-apa hal pun akan rujuk balik pada Terengganu, bukan pada Kelantan - tak kiralah besar mana pun jentera.
Kerusi yang bakal jadi seri, 16:16 inipun (kalau PAS menang) akan berlaku di DUN Terengganu, bukan DUN Kelantan.
Apa fikiran rakyat Besut melihat orang luar yang lebih banyak buat kerja, orang Terengganu dan Besut sendiri hilang entah kemana? Sedangkan UMNO Besut dan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris Jusoh serta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berada di kawasan ini hampir setiap hari.
Apa fikiran rakyat Besut melihat orang luar yang lebih banyak buat kerja, orang Terengganu dan Besut sendiri hilang entah kemana? Sedangkan UMNO Besut dan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris Jusoh serta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berada di kawasan ini hampir setiap hari.
Atau sememangnya PAS Besut sengaja diketepikan kerana calon ini diketahui orang kuat ADUN Salor, Datuk Husam Musa?
Kalau itu kisahnya, pun tak patut juga kerana dalam PRU13 yang lepas bukan satu dua calon yang kalah kerana diboikot jentera tempatan, di Kelantan sendiri banyak berlaku kejadian macam ini.
Hari ini, 18 Julai khabarnya lebih banyak jentera dari luar turun untuk membantu kempen PAS di Kuala Besut. Baguslah, bak kata mat salleh, the more the marrier, tapi bukankah lebih cantik kalau PAS Besut dan PAS Terengganu sendiri dapat terlibat?
Taklah nampak janggal sangat.
No comments:
Post a Comment