DAKWAAN menghina Islam dan cuba masuk campur dalam urusan kerajaan negara ini oleh pasangan Alvin Lee dan Vivian Tan serta Duta Vatican City ke negara ini, Uskup Agung Joseph Marino adalah dua cabaran besar yang melanda pentadbiran BN mutakhir ini.
Bercakap tentang pasangan Alvin dan Vivian ini, aku tak nampak bagaimana satu tindakan keras boleh dikenakan kepada mereka berdua kerana kesalahan (itupun kalau layak dipanggil kesalahan) yang didakwa dilakukan oleh mereka berdua, pada perkiraan aku adalah terlalu kecil untuk diperbesar-besarkan.
Sebab, yang aku difahamkan makan babi ini yang haram, setakat mengajak orang makan daging babi tidaklah menjadi satu kesalahan sehingga tindakan keras nak dikenakan. Permohonan maaf dari mereka berdua itu sahaja sudah cukup.
Tapi memandangkan perkara ini dibawah seliaan pihak berkuasa negara, aku tak berminat nak masuk campur, pandai macam manalah BN nak selesaikan masalah ini,
Dalam masa yang sama, kenyataan Duta Vatican City yang menyokong penggunaan kalimah Allah di gereja itu turut mendapat desakan luar biasa dari banyak pihak berkepentingan untuk kerajaan mengambil tindakan ke atasnya.
Walaupun sudah ada permohonan maaf dari Biskop tersebut, tapi itu nampaknya tidak cukup bagi pihak-pihak ini, mereka mahu tindakan yang lebih keras lagi dikenakan ke atas Marino. Mungkin kalau Maurino digantung sampai mati, barulah pihak-pihak ini nak puas hati.
Pun begitu aku sebetulnya menanti dengan penuh minat sama ada kerajaan berani untuk mengambil tindakan ke atas semua nama yang disebutkan di atas. Yang aku maksudkan ialah sama ada kerajaan berani meneruskan tindakan undang-undang ke atas mereka atau tidak.
Secara peribadi, aku tak nampak kerajaan akan berani. Auta orang bodoh bolehlah. Paling kuat inilah, setakat ambil keterangan (Alvin dan Vivian) dan panggil ke Kementerian Luar (Marino).
Lupakan kenyataan dari Peguam Negara kerana kita tahu Peguam Negara pun tidak akan bertindak kalau tidak dengan kelulusan kerajaan terlebih dahulu.
Hakikatnya, aku yakin tindakan tidak akan diteruskan kerana kerajaan mahu memperbaiki imej mereka di kalangan orang cina dan orang Kristian berikutan keputusan PRU13 yang lepas dimana kedua kelompok masyarakat tersebut menolak BN hampir 100%.
PERKASA dan NGO-NGO Islam yang berharap sangat tindakan keras dikenakan ke atas ketiga-tiga orang ini, boleh telan air liur sajalah, takde mananya Najib tu berani.
No comments:
Post a Comment