AKU agak terganggu dengan video yang menunjukkan Penolong Pegawai Tanah Besut mempamierkan bukti dalam bentuk notis dan dokumen yang menunjukkan penduduk di satu rumah yang dirobohkan secara sah oleh kerajaan negeri di Kg Kandang Lembu, Tok Sabuk Kuala Besut pada 2011.
Kononnya pegawai berkenaan cuba menafikan dakwaan PAS sebelum ini bahawa rumah penduduk tersebut dirobohkan secara yang salah dan dengan tidak memberi notis terlebih dahulu.
Apa pun alasan disebalik perbuatan pegawai tersebut, satu persoalan yang aku minat nak tanya ni, sejak bila pulak agensi kerajaan seperti pejabat tanah Kuala Besut menjadi jurucakap bagi UMNO/BN?
Tahu aku, BN/UMNO sahaja yang terkesan dengan dakwaan tersebut, kalau betul, betullah, kalau salah, salahlah, biarlah UMNO/BN yang menjawab, bukan pejabat tanah.
Secara langsung menunjukkan bahawa agensi dan pejabat kerajaan di Terengganu ini semuanya berada dibawah telunjuk UMNO/BN. Kalau ikut etika, agensi kerajaan patut terpisah dari politik, jangan terlibat dalam apa cara sekalipun, jauh sekali dari menjadi jurucakap UMNO/BN.
Justeru, aku seru kepada Pakatan Rakyat Terengganu agar berkeras dengan perkara ini dan mengambil tindakan ke atas pegawai terbabit. Dia perlulah ditamatkan perkhidmatan atau paling tidak dipindahkan ke tempat lain kerana kesalahan terlibat secara serius dalam politik.
Ikut hati, aku nak kata menjadi agen politik untuk UMNO/BN saja tapi itu mungkin terlalu keras kerana tidak ada bukti kukuh.
Perkara ini perlu dilakukan segera dalam sidang DUN Terengganu yang akan datang tanpa mempedulikan apa pun keputusan pilihanraya kecil ini nanti kerana kita tidak mahu perkara macam ini berlanjutan di masa akan datang.
Susah pentadbiran negeri nak berjalan dengan aman kalau pegawai-pegawainya bebas menjadi jurucakap kepada parti politik, apatah lagi parti politik seperti UMNO/BN.
No comments:
Post a Comment