PENCERAMAH terkenal, Azhar Idrus akhirnya muncul juga di pilihanraya kecil Kuala Besut ini,cuma kemunculannya bukan sebagai penceramah seperti sepatutnya, sebaliknya hanya sebagai daya tarikan pengundi saat-saat akhir untuk mengundi PAS.
Itupun, Azhar Idrus hanya muncul di satu lokasi sahaja, iaitu di Kampung Nail sedangkan DUN Kuala Besut mempunyai 8 pusat daerah mengundi yang lain. Aku tak pastilah sama ada Azhar Idrus dan group motornya sempat bergerak ke semua lokasi tersebut, rasanya macam tidak.
Lebih kurang macam perayu undilah tapi nak sebut macam itu karang, jatuh pulak taraf. Iyalah, penceramah terkenal tapi hadir hanya sebagai perayu undi.
Maka itu aku berkongsi pandangan dengan ramai orang disini bahawa kehadiran Azhar Idrus tidak akan memberi sebarang kesan kepada keputusan pilihanraya kecil kali ini. Lebih baik lagi kalau Azhar Idrus mengadakan ceramah seperti biasa, dapat juga mengumpul orang yang lebih ramai.
Bahkan, maklumat dari markas utama Pakatan Rakyat disini meramalkan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman masih akan menang cuma dengan majoriti yang sedikit merosot berbanding dengan keputusan PRU13 yang lepas.
Itupun, kemorosotan majoriti ini disumbangkan oleh faktor kehadiran pengundi luar yang sangat kurang kali ini berbanding dengan PRU13, memandangkan hari pengundian diadakan pada hari kerja biasa.
Menunjukkan para pengundi di Kuala Besut ini tidak banyak mengubah pendirian masing-masing selepas PRU13 yang lepas dengan yang mengundi BN masih mengundi BN dan pengundi PAS masih mengundi PAS.
Justeru, Azhar Idrus datang atau tidak datang pada saat-saat akhir macam ini bolehlah dikatakan tidak memberi kesan langsung kepada keputusan pengundian hari ini.
Malah aku difahamkan, Azhar Idrus hanya jadi bahan usikan Puteri UMNO yang menawarkan diri untuk mengisi satu lagi kekosongan yang masih ada dari kuota isterinya sekarang.
No comments:
Post a Comment