AKU sering tekankan bahawa untuk menang pilihanraya, kita perlu guna semua strategi yang ada, asalkan saja kita menang. Ini termasuklah memberi wang kepada pengundi yang dapat membuktikan bahawa mereka memangkah PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Besut besok.
Maksud aku tu strategi yang benar-benar berkesan dan tidak boleh dikesan semula pada kita kalau ianya terdedah.
Tapi aku tak pulak sangka ada juga di kalangan jentera PAS disini yang tergamak buat poster menyamakan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abd Hadi Awang menghirup macam babi menghirup dan nak pengundi Kuala Besut ini percaya itu kerja UMNO/BN.
Bukan aku nak mempertahankan depa tu tapi logik sikitlah, takkan UMNO/BN bodoh macam itu sekali terdesak nak menang sehingga mengedarkan gambar-gambar yang jelas menghina pemimpin utama PAS dan bubuh lambang dacing padanya pulak?
Orang bodoh pun tak buat lagu tu, ini semua orang tahu dah tentu kerja orang dalam PAS sendiri.
Jadi sekarang, siapa yang kena balik semula? PAS dan Pakatan Rakyatlah yang tak pasal-pasal kena menjawab semula. Tanyalah siapa pun dalam ceruk Kuala Besut ini, tak siapa pun percaya gambar yang dilekat di tiang elektrik itu kerja UMNO/BN.
Ibarat senjata makan tuan sebab aku dah tanya-tanya orang, siapa pun tak percaya.
Aku harap siasatan dapat dibuat dan siapa juga yang buat ini patut dihukum dengan segera. Pakatan Rakyat dan aku rasa PAS pun tidak perlu strategi bodoh macam ini untuk menang pilihanraya, seolah tidak ada kekuatan sendiri dan perlu bergantung pada strategi kotor macam ini.
Perbuatan macam ini bukan kempen politik, tapi lebih kepada nak cari gaduh dan cetus huru hara.
1 comment:
Assalamualaikum,
Org2 PAS mereka ni langsung tak takut dgn Tuhan, mcm xde dosa pahala syurga neraka.. asal puas hati buat suatu yg pastikan mereka boleh menang.. cara kotor pun kotorlah.. ini akan bawa kemurkaan Allah krn bawa slogan Islam tp kerja buat mcm org kafir!
Tolaklah PAS Insya Allah selamat dunia akhirat!
Post a Comment