Tuesday, July 23, 2013

Lupakan Sahaja Bantuan Azhar Idrus

AKU antara beribu yang kecewa malam tadi bila Azhar Idrus gagal muncul berceramah di Kampung Nangka seperti yang dihebohkan ramai orang sebelum ini.

Fikir aku, aku tersilap tempat, jadi aku rondalah ke beberapa kawasan lain seperti Kampung Nail sampai ke Alor Pisang, pun tidak ada juga - confirmlah tidak ada.

Datang beberapa orang cuba menyakinkan aku bahawa Azhar Idrus mungkin datang malam ini, malam terakhir kempen sebab malam tadi Presiden PAS pun adakan ceramah di Kampung Tok Sabuk, tak nak bertembung katanya.

Tapi aku rasa, cukuplah tu kena perdaya dek Azhar Idrus.

Aku ingatlah Azhar Idrus pun cuak nak turun sini bila dia lihat yang datang dengar ceramah pun sekitar ramai itu sahajalah orangnya - puluh-puluh atau ratus-ratus orang, walaupun dibantu jentera dari luar, macam Kelantan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pun habis kuat dapat tarik 500 orang saja kelmarin, malam tadi langsung tak muncul walaupun nama beliau dijadualkan beri ceramah di tapak bazar Ramadhan Kg Baru.  Tak tahulah apa sebabnya, aku pun tak minat nak bertanya.

Takkan Azhar Idrus nak calar reputasinya yang mampu tarik berpuluh ribu orang datang sekali ceramah, dengan kempen politik yang hanya tarik ratus-ratus orang sahaja, walaupun atas nama perjuangan Islam.  Bukan 'perjuangan' boleh bagi makan 3 bini pun, tapi duit.

Pendek kata, ini semua masalah 'syoru' la, Azhar Idrus ni penceramah komersial, bukan penceramah agama yang sanggup turun membantu parti Islam menang dalam perjuangannya..

Sekarang ini aku cuma berharap pendedahan eksklusif siapa sebenarnya Tengku Zaihan dan kerja-kerja terkutuk dibuatnya masa belajar di Universiti dulu yang bakal didedahkan malam ini, boleh mengubah pola pengundian esok.

No comments: