URA-URA kerajaan akan mengadakan satu lagi operasi pemindahan keluar secara besar-besaran rakyat Malaysia dari Mesir yang sedang bergolak, semakin kuat kedengaran.
Lebih 10,000 orang rakyat Malaysia (majoriti pelajar) bakal dibawa keluar dengan pesawat tentera dan awam sekiranya operasi itu benar-benar dijalankan kelak.
Bagaimanapun dalam masa yang sama, aku mendengar ada desakan supaya penyokong PAS yang berada di negara tersebut agar kekal bertahan sehingga keadaan benar-benar pulih.
Desakan ini berasas kerana situasi di Mesir setakat ini tidak lagi mengorbankan mana-mana warganegara asing. Pertempuran dan pembunuhan hanya berlaku di antara penyokong pihak-pihak yang bertelagah dengan pihak tentera yang menguasai negara tersebut.
Lebih baik dari itu, kawasan dimana keganasan berlaku berada jauh dari penempatan pelajar-pelajar Malaysia yang rata-rata berada di luar Kaherah.
Justeru, pemindahan besar-besaran rakyat Malaysia ini sebetulnya tidak perlu diadakan dengan tergesa-gesa kerana ia boleh memberi gambaran yang salah terhadap tahap keselamatan sebenar rakyat kita di sana.
Malah disebutkan juga bahawa rakyat Malaysia terlibat pun tidak begitu 'kebulur' untuk pulang ke negara ini dengan segera seperti mana yang banyak pihak dalam negara kita risau sangat. Majoriti mahu memenuhkan dulu jadual pengajian sebelum membuat keputusan untuk balik.
Aku bersetuju dengan desakan ini kerana seperti mana dahulu, usaha bawa pulang rakyat Malaysia ini dijadikan modal kerajaan BN untuk menarik sokongan rakyat kepada parti politik tersebut.
Pada waktu itulah pembesar-pembesar BN seperti Najib dan Muhyidin (isteri masing-masing tidak lupa), bergegas meninggalkan apa urusan rasmi yang hebat sangat tu untuk menyambut kepulangan rakyat Malaysia di lapangan terbang.
Macam prihatinlah sangat, walhal semua itu hanya wayang untuk dapat undi.
Kita tidak mahu lihat perkara yang sama berulang semula kali ini kerana ia boleh menjejaskan Pakatan Rakyat secara tidak langsung. Seolah-olah Pakatan Rakyat tidak buat satu apa pun yang baik dalam membantu rakyat kita di sana.
Aku yakin, kalau penyokong PAS yang membentuk majoriti besar rakyat Malaysia di Mesir sekarang dapat mengenepikan kepentingan diri sendiri dan boikot usaha bawa keluar rakyat secara besar-besaran ini, BN tidak akan ada peluang untuk mengaut keuntungan politik dari usaha tersebut nanti.
Kalau ditakdirkan terkorban sekalipun, itu mati syahidlah, apa nak risau sangat?
No comments:
Post a Comment