Wednesday, July 10, 2013

KUIN Tak Pernah Bermasalah, BN Saja Buat Jadi Bermasalah


MENTERI Besar Kedah yang baru, Muhkriz Mahathir semalam dengan banggganya mengumumkan 'kejayaan' kerajaan negeri dibawah pimpinan BN menyelesaikan masalah berkaitan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Aneh dan bodohnya, yang dikatakan selesai itu ialah dengan menjadikan KUIN sebagai sebuah badan berkanun (separa kerajaan)!!!  

Apa yang 'grand' sangat dengan itu?  Ini kerja senang, sesiapa pun boleh buat, tapi ia menambah beban kerajaan negeri kerana semua kakitangan KUIN kini perlu dibayar pencen  dan hak-hak lain setara dengan kakitangan badan berkanun yang lain.

Ini bukanlah penyelesaian, tapi lebih kepada make up yang diperbesarkan supaya kononnya nampaklah macam BN ini mampu menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan oleh pentadbiran terdahulu.

Sebetulnya, melainkan perasaan tidak puas hati segelintir kakitangan KUIN (termasuk pensyarah) ke atas pengurusan KUIN yang dilantik sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Kedah pada 2008, KUIN sebenarnya bukanlah institusi bermasalah seperti yang digembar-gemburkan media BN.

Kalau nak dikatakan hal berkaitan logistik, penginapan pelajar, caruman KWSP kakitangan tidak dibayar, gaji dan lain-lain itu sebagai 'masalah', maka gamaknya seluruh organisasi perniagaan di Malaysia yang ada isu hampir sama di negara ini perlu diletakkan dibawah badan berkanun jugalah?

Ini sudah tentu tidak masuk akal sama sekali.

Apa yang berlaku di KUIN itu sebenarnya hanyalah isu-isu biasa yang timbul dalam mana-mana perniagaan sekalipun, dengan KUIN dibawah pentadbiran kerajaan negeri yang dulu, tidak terkecuali dari menghadapi masalah yang sama.

Malah dikatakan, kakitangan-kakitangan KUIN yang sebelum ini membantah pengurusan organisasi tersebut mendapat 2 gaji, satu dari KUIN dan satu lagi dari UMNO.  Maksudnya disitu (kalau benar), masalah di KUIN ini hanyalah masalah yang dicipta UMNO sendiri.

Lepas itu dia buat-buat macam selesaikanlah konon.

No comments: