Friday, July 19, 2013

Perangai PAS Terengganu Macam Pukimak!!

KALAU keras tajuk aku kat atas tu aku mintak maaflah sebab aku tak jumpa apa perkataan yang sesuai untuk menggambarkan situasi di Kuala Besut sekarang dimana kerjasama dari PAS Terengganu dan PAS Kuala Besut sendiri sangat sukar nak dapat, mengalahkan melombong emas payahnya.

Ini kita datang dari luar nak bantu kempen dia ni, tapi dia buat bodoh gitu jelah.  Semua benda pun diuruskan oleh jentera yang datang dari Kelantan, termasuklah soal kewangan, logistik, penginapan, malah pondok panas pun PAS Kelantan juga yang uruskan.

Apa masalah dengan PAS Terengganu ni aku pun tak tahu, nak mengadu pada siapa pun, entahlah.  Sekor-sekor muka pemimpin PAS Terengganu dan PAS Kuala Besut tak boleh kita jumpa untuk diadukan masalah berkaitan dengan perjalanan kempen.

Masuk 8 hari kempen, Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang, Datuk Harun Taib dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut haram tak nampak muka.  Wahid dan terbang buat umrah kelmarin, lepas pilihanraya baru balik, haram punya orang.

Lebih baik tamat kempen PRK ini, pecat sahaja si Wahid, nampak sangat lari dari bertanggungjawab.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tak datang tak mengapalah.  Dia memang elok tak datang pun, kalau tidak keluar lagi isu video seks dia tu.

Nasib baik jentera dari Kelantan yang sibuk menguruskan semua hal bersendirian, tidak kekok walaupun ditinggalkan jentera PAS Terengganu.  Besut ni dah macam Kelantan pun, sebab itulah mereka boleh selamba ambil alih tugas yang sebenarnya bukan tugas mereka.

Kalau tak dibuat nanti, habislah peluang PAS di kawasan ini yang sememangnya kubu kuat UMNO.

Sampaikan Mursyidul Am PAS dan mantan Menteri Besar Kelantan yang uzur itupun, Datuk Nik Aziz Nik Mat terpaksa diusung masuk ke mari untuk berceramah malam tadi bagi menghidupkan peluang calon PAS di Kuala Besut, Che Long atau Endut@Azlan Yusof.

Itupun, jumlah hadirin di ceramah beliau malam tadi di tapak pasar tani berhampiran Pengkalan TUDM Gong Kedak pun tak seramai biasa, lebih sikit dari 1,000 orang kalau tak silap aku - menunjukkan macam mana pun, pemimpin PAS tempatan mesti hadir untuk beri sokongan dimana perlu.

Apa pun keputusan selepas ini, sesuatu perlu dibuat kepada PAS Terengganu, tak boleh berterusan macam ini.  Kalau dia ada masalah dengan pemilihan calon dan sebagainya, itu patut ditolak tepi, yang penting parti dan Pakatan Rakyat perlu diutamakan.

No comments: