Friday, July 19, 2013

Anwar Perlu Turun Untuk Selamatkan Che Long


MAKLUMAT sulit dari pihak berkuasa yang aku dapat mengatakan, bacaan (reading) sokongan ke atas calon-calon bertanding di pilihanraya kecil Kuala Besut ini menunjukkan calon BN/UMNO, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman masih jauh mendahului calon PAS di hadapan.

UMNO/BN khabarnya santai saja dalam kempen kali ini kerana mereka sangat yakin bahawa pengundi Kuala Besut pasti akan mengekalkan kemenangan kepada BN dalam pengundian yang akan dijalankan pada 24hb nanti.

Tak hairanlah jentera lapangan UMNO/BN kali ini tidak begitu bersungguh-sungguh, dengan gerak kerja lebih banyak menjurus kepada pengenalan ke atas calon dan sedikit sebanyak tentang visinya untuk membangunkan Kuala Besut jika menang.

Sementara calon PAS lebih banyak bercakap tentang perniagaannya dan sebagainya sampai naik pening kepala aku dibuat.  Sifir mudah, bila ada 2 orang politik bersaing tapi satu cakap pasal visi kalau menang, satu sibuk dok cerita pasal perniagaan, tahu-tahu sajalah siapa yang ada kelebihan.

Tapi aku rasa peluang Che Long ni akan kembali meningkat kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat turun memberikan sokongan dalam jangka masa terdekat.

Anwar macam yang kita tahu ada aura tersendiri untuk menarik sokongan terhadap parti-parti Pakatan Rakyat dan dalam keadaan sekarang, sememangnya kehadiran Anwar diperlukan untuk melonjakkan sokongan terhadap Che Long.

Rasa aku tak banyak, dapat 2 kali ceramah pun cukuplah, naiklah peluang Che Long tu.

Ini sebagai tambahan kepada beberapa program ceramah yang sudah diatur oleh PAS termasuk yang melibatkan penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus bersama Nik Aziz pada 22hb nanti di Kampung Nail.

Ceramah Anwar rasa aku, lebih sesuai diadakan di kawasan yang kurang Islami sikit macam di Pulau Perhentian, dimana penduduknya tidak begitu kuat dengan pegangan agama kerana lebih banyak terdedah dengan sektor perlancungan sejak sekian lama.

Walaupun hanya ada 700 lebih undi, tapi itu penting untuk secure kemenangan kalau berlaku persaingan sengit nanti.  Anwar dan pemikiran liberalnya memang sesuailah dengan penduduk di Pulau Perhentian sana.

Justeru aku harap Anwar boleh datang ke Kuala Besut ini bagi menyokong calon Pakatan Rakyat dari PAS.  Walaupun dari jadual ceramah yang aku nampak, tidak ada nama Anwar, tapi itu semua boleh berubah pada saat-saat akhir.

No comments: