Friday, July 19, 2013

PAS Kelantan Mahu 'Jajah Kuala Besut

PAS Kelantan nampak bersungguh-sungguh benar dalam kempen pilihanraya Kuala Besut yang sedang berlangsung sekarang seolah-olah kekosongan DUN kali ini berlaku dalam negeri tersebut.

Dari satu sudut eloklah sebab mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS Terengganu, tapi dari satu sudut yang lain, nampak macam PAS Kelantan nak 'menjajah' Kuala Besut pulak.

Malah pada satu ketika, aku nampak berlebih-lebihan pulak 'kekelantanannya' itu sampai ke satu tahap poster Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub ditabur begitu sahaja di bazar-bazar Ramadhan dan pasar pagi Jumaat tadi.

Apa muslihatnya tu?  Aku pun tak faham, itu yang nak tanya ni.  Bimbangnya, rakyat Kuala Besut jelak saja dengan pendekatan macam ini.

Aku berpandangan, seelok-eloknya dikurangkan sedikit unsur-unsur 'Kelantan' dalam kempen di Kuala Besut ini walaupun lokasi Kuala Besut terletak bersebelahan dengan beberapa jajahan dalam negeri Kelantan, seperti Pasir Putih dan Bachok.

Justifikasinya mudah saja, perkara itu tak relevan dengan kempen PRK yang sedang berlangsung sekarang..

Contohnya macam sebar poster Menteri Besar Kelantan tu, apa relevannya dengan kempen disini?  Kelantan, Kelantanlah, Terengganu, Terengganulah.

Adakah ada cubaan untuk mengembalikan semula pemilikan Besut kepada Kelantan?  Aku bukan kata memang itu kesnya tapi dari satu segi, seolah-olah nampak ke situ!!

Sebaiknya, matlamat kempen pilihanraya kecil di Kuala Besut ini, dikekalkan setakat nak menggantikan ADUN yang sudah meninggal dunia sahajalah, tak perlu sampai ke tahap nak mengkaji semula kedudukan Besut itu.

Takut nanti disalah tafsir sebagai cubaan menimbulkan unsur-unsur subversif dalam negara pulak.  Nanti lagi panjang cerita walhal kesnya nak menggantikan ADUN yang telah meninggal dunia saja pun.

Pakatan Rakyat ada banyak isu yang boleh digunakan dalam kempen piilihanraya kali ini.  Aktiviti menjolok mata yang berlaku sewenang-wenangnya di Pulau Perhentian tu saja dah jadi satu isu besar yang boleh digunakan sebagai bahan kempen.

Begitu juga dengan kegagalan kerajaan BN negeri memajukan pelabuhan Kuala Besut yang dulu terkenal sebagai lokasi pendaratan ikan terbesar di Malaysia - gelaran yang kini sudah diambil alih oleh pusat pendaratan ikan di Tok Bali, Kelantan.

Pendek kata banyak isulah, yang nak main isu-isu sensitif ini juga kenapa?  

Lagipun bukan PAS tak pernah perintah Terengganu dan Kelantan serentak.  Kenapa waktu itu tak diselesaikan masalah Besut ini kalau betul ada keperluan yang begitu mendesak? 

No comments: