SEMALAM aku dah sebut tentang unsur-unsur 'Kelantan' dalam kempen pilihanraya kecil Kuala Besut yang agak keterlaluan digunakan untuk menarik sokongan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.
Tapi perbincangan itu lebih kepada mengelakkan kempen pilihanraya kecil ini disalah tafsir sebagai mempunyai unsur-unsur subversif untuk mengembalikan semula pemilikan Besut kepada Kelantan sahaja. Dibimbangi UMNO/BN akan guna alasan itu dalam petisyen pilihanraya kalau mereka kalah nanti.
UMNO/BN ini kita tahu sajalah, ucapan Azhar Idrus pun boleh jadi modal petisyen pilihanraya, apatah lagi unsur-unsur subversif yang aku sebutkan di atas.
Walaupun begitu, aku perlu akui juga bahawa penduduk Kuala Besut ini memang rata-ratanya setia dengan Kelantan, walaupun tidak lagi begitu ramai yang terikat dengan sejarah lampau yang menunjukkan daerah Besut ini adalah sebahagian dari Kelantan.
Malah dikatakan ketika Kelantan mara ke perlawanan akhir bolasepak Piala FA dengan Johor DT hujung bulan lepas, beribu-ribu peminat dari daerah Besut ini menyertai rakan mereka dari Kelantan untuk hadir ke Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada pasukan negeri tersebut.
Atas sebab yang sama juga kenapa PAS Kelantan dengan mudah mampu menguasai jentera pilihanraya kecil di Kuala Besut ini, walaupun tanpa bantuan dari jentera PAS Besut dan PAS Terengganu sendiri.
Tidak hairanlah kenapa aku dimaklumkan yang UMNO/BN Terengganu cukup tidak senang dengan keadaan ini. Mereka dakwa kerajaan BN negeri itu sudah banyak membangunkan daerah tersebut (bukan Kelantan), tapi diakhirnya, Kelantan yang ditadbir PAS itu juga yang dapat nama.
Semuanya kerana sentimen 'sejarah sabung ayam' yang dimainkan semula dalam kempen kali ini.
Pada aku, ini satu pemikiran yang bodoh, macam UMNO/BN jugalah. Tak salah kalau penduduk Kuala Besut atau Besut inipun nak setia dengan Kelantan pun. Apa yang berdosa pasal itu? Budaya Kelantan tu dah berakar umbi di Besut ini sejak berzaman dulu, bukan cerita baru, nak diubah macam mana?
Soal pembangunan dan sebagainya yang jadi dibimbangkan UMNO/BN sangat tu, aku sendiri tidak melihat ada apa-apa yang besar. Selain keadaan jalan raya yang lebih baik di belah Besut berbanding dengan di belah Kelantan, tidak ada apa-apa lain yang menarik dibuat UMNO/BN untuk daerah Besut ini.
Orang Kuala Besut inipun bukan gila sangat dengan pembangunan. Keadaan semulajadi kawasan ini, dengan pulau-pulau cantik di sekitar perairannya, sudah cukup untuk Kuala Besut dengan sendirinya tanpa bantuan UMNO/BN.
Justeru, kesetiaan penduduk Kuala Besut terhadap Kelantan bukanlah satu masalah besar sehingga nak dipolitikkan oleh UMNO/BN. Apatah lagi bila aku mendapat tahu, budak-budak UMNO Besut pun ramai yang sokong Kelantan masa perlawanan akhir tempoh hari.
Apa komen UMNO pasal itu?
No comments:
Post a Comment