LUPAKAN semua tentang apa yang aku pernah tulis tentang calon PAS, Azlan Yusof ini dulu kerana satu yang pasti calon kita ini jauh lebih 'sempurna' jika nak dibandingkan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Calon PAS ini memang diakui mempunyai banyak kekurangan dari segi latar belakang pendidikan tapi dia memiliki kekayaan harta benda yang tidak dimiliki langsung oleh calon BN.
Bagaimana seorang jurutera awam dengan pendapatan kurang RM 100,000 setahun boleh bersaing dengan kontraktor berjaya yang menggunakan modal sendiri bernilai berjuta-juta ringgit sebelum dibayar oleh kerajaan dalam menyelesaikan projek yang diamanahkan kepadanya?
Dari segi itu rakyat Kuala Besut pasti tidak ada masalah untuk mendapatkan bantuan kewangan dari calon PAS kalau dia menang pada 24 Julai kelak.
Selain itu, dari segi fizikal juga, calon PAS adalah jauh lebih baik dari calon BN.
Cuba perhatikan video dibawah dan cara Tengku Zaihan ini bercakap. Perhatikan mulutnya, dimana dia tidak mengangkat gigi semasa bercakap dan kelihatan sukar untuk menyebut perkataan-perkataan tertentu.
Ini adalah satu kecacatan yang memalukan penduduk Kuala Besut. Memalukan dari segi mereka dipersembahkan dengan calon yang tidak sempurna dari segi fizikal oleh BN, walaupun ada pendidikan dan kerjaya yang baik.
Berbanding dengan calon PAS yang bukan setakat kaya, tapi juga jauh sempurna dari calon BN. Cakap pun tak tersekat-sekat dan pertuturannya begitu lancar sekali. Kalau wakil ini berhujah dalam dewan, buah butir perbahasannya lebih jelas di telinga semua orang.
Aku bukan bermaksud menghina dengan membangkitkan persoalan ini, aku cuma risaukan penduduk Kuala Besut kalau si Zaihan ini dipilih menjadi ADUN mereka. Takut nanti lain masalah penduduk, lain pulak yang dia cakapkan dalam Dewan.
Logiknya tu memang ada, fikir sendiri sajalah.
No comments:
Post a Comment